Pasukan eSport Indonesia gah muncul juara AFC eAsian Cup 2023 buat kali pertama selepas menewaskan Jepun pada aksi final yang berlangsung di Doha, Qatar semalam.

Ia adalah permainan video eFootball 2024 dan Indonesia menewaskan Jepun 2-0 menerusi sistem ‘best of three’ ) yang melibatkan dua orang pemain dalam satu pasukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mereka diwakili oleh bekas juara dunia eFootball, Rizky Faidan, Elga Cahaya Putra dan Akbar Paulie yang cukup berpengalaman dalam permainan tersebut.

Sebelum itu, mereka mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Jepun dalam perlawanan pertama sehingga diheretkan kepada penentuan sepakan penalti. Indonesia memenangi penalti tersebut 3-2.

Perlawanan kedua menyaksikan mereka bangkit dengan lebih tenang dan langsung tidak beri ruang kepada jepun untuk menjaringkan sebarang gol. Indonesia mengesahkan kejuaraan selepas mencatat kemenangan 1-0.

Dalam pertandingan ini, mereka hanya kalah sekali sahaja ketika menentang Jepun di peringkat kumpulan. Malah, mereka juga mudah menewaskan Vietnam 5-0 dan 1-0 serta menewaskan Thailand 1-0 serta 2-1 di peringkat separuh akhir.

Satu lagi wakil Asia Tenggara, Malaysia tersingkir lebih awal di peringkat kumpulan apabila menghuni kedudukan tercorot dengan 6 mata.

Malaysia yang diwakili oleh Mohamad NorHaikal dan Muhamad Khairul telah tewas dalam dua perlawanan ketika menentang Bahrain dan Jordan sekaligus gagal mara ke peringkat pusingan 16.

eFootball merupakan permainan video bola sepak yang cukup popular dalam kalangan peminat di Asia.