Bulan lalu Tesla telah mengumumkan bahawa syarikat gergasi kereta elektrik itu akan membuka ibu pejabatnya di Malaysia. Berita ini pastinya mengejutkan Indonesia kerana sebelum ini negara itu dikhabarkan bakal menjadi hub terbesar untuk perusahaan milik Elon Musk.

Dalam artikel “Tesla’s move into Malaysia should be a wake-up call for Indonesia“, pegawai Pengarah Perniagaan Amerika di Indonesia A.Lin Neumann mendedahkan bahawa Malaysia mempunyai kelebihan berbanding Indonesia sehingga syarikat besar itu mudah memilih Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam tulisannya, beliau menyatakan bahawa Malaysia lebih bersikap terbuka dengan permintaan Elon Musk, manakala Indonesia pula lebih tertutup. Walaupun tidak jelas bagaimana perbincangan dengan Indonesia berlaku, namun apa yang dikehendaki Tesla nampaknya dapat dipenuhi dengan mudah oleh Malaysia.

“Sangat sedikit yang diketahui umum tentang apa yang dicari oleh Tesla dari Jakarta atau apa yang ditawarkan oleh Indonesia, tetapi daripada garis besar perjanjian Malaysia, apa yang dikehendaki oleh pembuat kereta itu kelihatan agak mudah,” tulisnya.

Tambah beliau lagi, perjanjian terbabit bukan sahaja baik untuk rakyat Malaysia kerana akan membuka peluang pekerajaan yang lebih besar, tetapi memberi kesan ekonomi yang positif kepada Putrajaya.

Selain itu, beliau berkata larinya pelabur asing ke Malaysia sama seperti kes di mana ramai pelabur memilih Vietnam berbanding Indonesia. Beliau turut menyindir bahawa kejadian ini berlaku disebabkan oleh dasar pro-tempatan yang dijalankan oleh pemerintah.

“Indonesia kini mengenakan tarif import sebanyak 50% ke atas EV yang dipasang sepenuhnya untuk menggalakkan pelaburan pembuatan tempatan,” tulisnya. “Sesetengah menjangka Jakarta akan menawarkan pengecualian cukai, seperti yang dilakukan Malaysia untuk Tesla, tetapi Indonesia sangat berpegang kepada persekitaran kawal selia yang rumit yang menghormati kepentingan tempatan dan merumitkan perjanjian dengan pelabur,” katanya.