Malaysia mempunyai banyak gunung yang indah dan menarik, terutamanya bagi para pendaki. Gunung-ganang ini terletak di seluruh negara, dari Semenanjung Malaysia hingga ke Sabah dan Sarawak.

Jadi, ramailah pendaki atau pecinta aktiviti outdoor yang datang dari pelbagai negara termasuklah Indonesia yang mahu merasai pengalaman memanjat gunung-gunung di sini.

Seorang lelaki berasal Indonesia bernama Umar Adisubroto memuat naik satu video TikTok yang mana meluahkan  kekaguman akan pengurusan gunung di Malaysia berbanding negaranya sendiri.

Terdapat lima perkara utama yang meletakkan Malaysia berada di hadapan dalam memastikan pengalaman pendakian menjadi lebih bagus.

1. Fasiliti yang lengkap di setiap pos pendakian

Umar berkongsi bahawa di setiap pos sudah tersedia dengan fasiliti yang lengkap termasuklah tempat mandi, kerusi istirehat dan menariknya terdapat beberapa ruang helipad yang tersedia.

Ini secara tidak langsung memberikan kemudahan buat para pendaki berehat dan membersihkan diri sebelum melanjutkan pendakian dengan rasa yang ‘fresh’. Sementara helipad itu sudah tentunya untuk tujuan misi menyelamat jika diperlukan.

2. Laluan pendakian yang sangat teratur dengan baik

Bermula dengan penunjuk arah, fasiliti tangga serta tali yang sangat lengkap sekaligus menjamin keselamatan mereka lebih terjamin dan paling utama sekali tidak mudah sesat.

3. Mempunyai pasukan bomba dan penyelamat untuk kesiapsiagaan bencana

Bak pepatah melayu berpesan “Sediakan payung sebelum hujan”, itulah yang boleh digambarkan betapa pihak pengurusan gunung di Malaysia mengambil langkah berjaga dengan menyediakan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Di dalam video itu, boleh dilihat pihak bomba bertugas dengan mengikuti rombongan yang sedang melakukan pendakian pada ketika itu.

Dia juga mendakwa pemandu gunung atau bahasa sinonimnya malim gunung yang juga terlatih.

4.Usaha pemuliharaan dan kebersihan di Malaysia yang bagus

Dia meluahkan rasa kagum dengan usaha pemuliharaan yang dilakukan pihak berkuasa setempat dalam memastikan flora dan fauna sentiasa berada dalam keadaan baik untuk tatapan pendaki mahupun generasi akan datang.

Selain itu, Umar turut memuji akan tahap kebersihan yang dipamerkan di pergunungan Malaysia.

5. Fasiliti penginapan yang sangat memuaskan

Dari video sehaja, kelihatan hostel yang dilengkapi tempat tidur yang selesa dan besar serta mempunyai tandas yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pendaki yang ke sana. Jadi, dia sudah tidak perlu bersusah payah mendirikan khemah seperti di negaranya.

Selain itu, makanan yang disediakan juga sangat berkhasiat sekaligus dapat mengisi segala zat yang diperlukan oelh tubuh pendaki sewaktu ekspedisi.

@umaradisubroto

Indonesia tidak kekurangan gunung-gunung yang indah tapi sayang pengelolaannya masih perlu banyak dibenahi ⛰️🏞️ , bagaimana menurutmu?

♬ mejikuhibiniu – Tenxi & suisei & Jemsii

Sebagai penutup kata, dia langsung menyoal bagaimana pula pengurusan gunung di Indonesia boleh mempelajari dan memperbaiki akan keadaan semasa untuk mencapai standard yang ditonjolkan di Malaysia.

“Indonesia tidak kekurangam gunung yang indah tapi sayang pengurusannya masih banyak perlu diperbaiki, bagaimana menurut kalian?, soalnya kepada warga negaranya di platform TikTok.