Seorang pemengaruh media sosial, Bella Khan jelas kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh salah sebuah resort di Pulau Rawa.

Dalam perkongsiannya yang dibuat olehnya di laman Instagram, dia menceritakan pengalaman hitamnya tinggal di salah sebuah resort bernama Alangs Rawa.

Baca Juga:

Beliau menyifatkan bahawa resort tersebut mempunyai perkhidmatan yang teruk, ditambah pula pengotor dan tidak menjaga kebersihan.

“Service anda management at Alangs Rawa memang out teruk. Facilities basic dalam bilik semua takde macam kettle or mini fride, no TV.

“Air bersif for mandi takde, katanya underground water tapi gosok gigi basuh muka mandi semua masin weh.

“Dan RM17k bayar for 15 orang, dia cas per kepala tau bukan per bilik. Tapi dapat bilik macam hostel, bilik berbau, tak jaga hygiene,” katanya dalam satu Insta Story yang kini tular di media sosial.

Beliau menambah lagi bahawa resort itu seolah-olah tiada pekerja yang bertugas kerana tiada staf yang hadir untuk menawarkan perkhidmatan kemasan bilik.

“Patut la dalam website tak letak gambar bilik langsung, indah khabar dari rupa, makanan yang dibayar dalam pakej semua masin.

“Bed bugs penuh, habis badan kena gigit merah-merah. Tak recommend untuk korang datang sini. Baik pergi resort sebelah,” katanya lagi sebelum mengakui rata-rata komen negatif yang ditinggalkan di laman Trip Advisor.

Lebih parah lagi, pihak resort seolah tidak mahu ambil tahu mengenai komen-komen negatif dari pelanggannya.

Mereka bertindak mengunci laman Instagram rasmi resort tersebut dan jika ada komen negatif, pihak pengurusan akan memadamnya.