Influencer Willie Salim terkejut apabila daging rendang yang dia sediakan lesap sebelum sempat daging itu masak.
Willie Salim telah menyediakan hidangan daging rendang untuk iftar buat penduduk di Palembang sebagai tanda berbagi rezeki dengan penduduk di sana.
Dia membeli lembu tersebut dengan harga sekitar Rp 50 juta atau kira kira RM13,425.00.
Daging rendang 200 kg buat penduduk Palembang
Willie menegaskan bahawa dia menjangkakan daging lembu itu akan dapat dipotong sehingga 20,000 potongan.
Dia memutuskan untuk memasak rendang seekor lembu yang dimasak di dalam kawah besar kira kira 200 kg beratnya.
Dia dibantu oleh orang ramai yang berada di situ. Willie dan krewnya memulakan aktiviti tersebut pada 7 petang. Dan menjangkakan ianya akan siap sekitar 12 malam.
Setelah semua adunan dan daging dimasak, Willie dan rakan rakannya berehat seketika 15 minit. Willie mengambil kesempatan yang ada untuk pergi ke tandas.
Daging rendang lesap!
Sekembalinya dia dari tandas, dia terkejut, keranan daging rendang dalam kawah tersebut sudah lesap dicuri oleh orang ramai yang berada di situ.
Daging lembu tersebut masih lagi mentah, namun mereka tidak peduli kerana mahu membawanya pulang ke rumah.
Mereka mengambil daging lembu daripada kawah yang kuahnya sedang mendidih panas.
Menurut pihak polis, mereka sudah sedaya upaya cuba menghalang individu yang cuba mencuri daging tersebut. Namun polis tidak mampu mengawal beribu ribu manusia di situ yang bersesak mahu mengambil daging lembu yang masih mentah itu.
Polis memberitahu Willie Salim, mereka yang mengambil daging lembu itu dengan menggunakan pellbagai cara termasuk memasukkannya dalam plastik dan besen serta gayung.
Willie berkata: “Ini pertama kali dalam sejarah, 200 kilo rendah lenyap dalam 15 minit.”
Dia kemudian menjelaskan apa yang berlaku menerusi siaran langsung di TikTok: “Saya meninggalkan tempat tersebut seketika untuk ke kereta saya. Kita sudah seharian tak makan, tak minum.
“Namun sekembalinya kita ke tempat daging itu dimasak, semuanya dah lenyap, padahal daging itu belum lagi masak guys.
“Ada polis dan ada beberapa orang tolong kami menjaganya, namun mereka cuma 20 orang sahaja, mana mampu nak kawal orang yang terlalu ramai.”
Willie Salim kemudian berseloroh dan melihat perkara itu dari sudut positif: “Wah rendangnya sedikit pun tak ada yang tersisa, ini betul betul bulan puasa. Cuma saya nak pesan, tolong masak lagi daging itu di rumah ya.”
@williesalim RENDANG 1 EKOR SAPI!! PALEMBANG❤️