Sebelum ini, tular beberapa gambar influencer tidak menjaga SOP ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di sebuah hotel dan Caprice dalam satu kenyataan meminta influencer berkenaan untuk memberi keterangan dan memohon maaf secara umum khususnya buat rakan artis dan anak yatim yang terlibat.
Terbaharu, influencer tersebut menjelaskan perkara sebenar di Instagram miliknya dan mengakui telah memohon maaf secara terbuka di akaun Twitter pada 30 April lalu.
https://www.instagram.com/p/COiVhFKBel8/
Tambahnya, susulan penularan beberapa gambar yang didakwa tidak mengamalkan SOP ketika majlis berlangsung, dia turut telah memohon maaf secara terbuka. Bukan itu sahaja, dia turut telah berjumpa dengan pihak polis untuk memberi keterangan dan sudah menghubungi Caprice untuk memaklumkan perkembangan kes tersebut.
Menjawab dakwaan mengajak beberapa orang artis dan anak yatim ke luar dewan untuk bergambar, dia menafikan hal tersebut namun Caprice masih tidak menerima penjelasannya itu. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Instafamous Didakwa Sanggup Aniaya Artis Dan Anak Yatim Demi ‘Marketing’ Produk ?
Anjur ‘Fashion Show’ Tidak Patuh SOP, Tindakan Jenama Fesyen Terkenal Ini Buat Netizen Berang