Seorang influencer menyemak fakta tentang kesahihan dakwan bahawa iPhone Air 17 yang baharu menggunakan sekadara mono speaker.

Mono speaker untuk sebuah peranti berharga RM4,999 pada tahun 2025? Adakah ianya berbaloi?

Apple
Foto: Apple website

Fazli Halim tertanya tanya: “Betulkah iPhone Air 17 ini menggunakkan mono speaker macam Nokia 3310? Memang tak masuk akal lah masih pakai mono speaker pada tahun 2025.”

Terlalu Yakin Dengan Jaminan Apple, Lelaki Ini Buat ‘Drop Test’ iPhone 17 Baru Dibelinya Dan Ini Hasilnya

Fazli Halim kemudian menyemak dan mengesahkan bahawa iPhone Air 17 benar benar menggunakan mono speaker. Dan dia bertanya kepada netizen adakah berbaloi membeli iPhone Air 17 yang berharga kira kira RM5,000 tersebut?

Ini kerana ternyata peranti itu tidak dilengkapi dengan stereo speaker.

@fazlishahhalim

Aku jawab persoalan berkenaan iPhone Air Mono Speaker je

♬ original sound – Fazli Halim – Fazli Halim

Ada yang menjangkakan bahawa produk tersebut akan menjunam nilai jualan semulanya.

Yang lain juga mengkritik Apple yang dianggap terlalu kedekut ‘spec’.

Influencer Ini Persoalkan Betul Ke Bayar RM4,999 Untuk iPhone Air 17 Dan Dapat Speaker Sama Macam Nokia 3310?

“Pakai mono speaker, 1 kamera, harga RM4,999. iPhonne 16 pun pakai stereo speaker, harga di bawah RM3,000. Tak pelik kalau saham apple jatuh.”

Salah seorang peminat tegar iPhone mengakui bahawa: “Makin hilang hala tuju iPhone ini sejak akhir akhir ini, saya pun peminat tegar iPhone.”

Tidak kurang yang membandingkan dengan beberapa telefon android kelas pertengahan yang menurut mereka ada yang memakai speaker JBL.

Kemudian ada juga yang menyatakan bahawa, bahawa pada awalnya tertarik dengan iPhone Air kerana nipis namun terus tak jadi beli kerana cuma ada pilihan penggunaan e-sim sahaja. Sebab menurutnya, dia ada pengalaman buruk dengan e-sim.

Walaupun ramai rata rata menganggap tidak berbaloi membeli iPhone Air dengan harga RM4,9999, namun ada juga yang berpendapat, produk itu akan tetap laris sebab ramai peminat tersendiri.