Kadang-kala ramai juga mempersoalkan mengapa ada influencer yang memilik jumlah pengikut yang besar namun interaksinya atau likes tersangat sedikit sekaligus memperlihatkan fenomena yang tidak normal.
Baru-baru ini, seorang pempengaruh dan usahawan media sosial, Shaniena Natasya telah mendedahkan bahawa dia sememangnya telah membeli followers di akaun Instagram.
Perkara yang mengejutkan orang ramai apabila dia perlu membayar sebanyak RM20,000 untuk pembelian followers sebanyak setengah juta itu.
Difahamkan sebelum ini dia pernah mempunyai sejumlah 375,000 followers di akaun lamanya yang mana pada ketika itu dia meraih pengikut secara ‘halal’ tanpa sebarang bantuan servis terbabit.
Namun kini dia terpaksa berbuat sedemikian atas urusan kerja.
“Ya, saya beli followers. Followers saya dari 40,000 jadi 500,000 lebih dan saya beli harganya dalam RM20,000,” kongsinya.
Menurut Shaniena, dia yang bekerja dalam bidang bisnes memang memerlukan jumlah followers yang ramai bagi memberi impak yang besar dalam penjualan produk.
“Apabila bekerja dalam bidang ini kena dapatkan balik (pengikut) di sosial media. Saya ini bukanlah pempengaruh atau TikTokers, saya cuma bekerja di bawah sebuah syarikat.
“Macam mana pun saya memang perlukan (followers),” ujarnya.
Tambahnya lagi, sesetengah individu memandang followers, sebelum mereka membeli sesuatu produk.
“Saya beli sebab ada pihak yang mengeluarkan produk nak tengok followers, tambah-tambah budak-budak sekarang, mereka akan tengok profil kita dan tengok berapa followers serta ‘bluetick’.
“Ada sesetengah orang memang memerlukan benda ni,”jelasnya dengan jujur.
Shaniena berkata dirinya memilih untuk melakukan pendedahan jujur itu kerana tidak mahu hidup dalam penipuan. Dengan pendedahan ini juga dapat menjawab persoalan sesetengah individu yang mempersoalkan ketulenan jumlah followers yang diterima olehnya.
@shanienanatasyaaaa I pulak cr7 nyah😭😭😭😭#shouldbeme
♬ original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA
Susulan pendedahan itu, majoriti netizen memuji wanita itu kerana bersifat telus dan jujur dalam mendedahkan realiti sebenar jumlah followers yang diterima.
Dalam masa sama, netizen mendakwa mereka mula mengesyaki sebenarnya ramai influencer lain yang berbuat sedemikian namun pilih mendiamkan diri untuk menjaga periuk nasi masing-masing.