Seorang influencer terkenal, Faiz Zainal berdepan detik cemas apabilba sistem paparan digital kereta Proton MC3 dipandunya tiba tiba ‘blank’.
Dia panik bukan sebab tak dapat akses kepada sistem infotainment, namun ralat pada sistem tersebut telah mempengaruhi aspek keselamatan apabila ianya memberikan kesan kepada lampu isyarat kereta.
Dia tidak melihat indikator lampu isyarat dipaparkan di dalam kereta ketika dia mahu memberikan isyarat: “Saya pun tak pasti isyarat ini berfungsi atau tidak.”
Faiz Zainal menyatakan rasa gembira kerana sistem digital Proton MC3 itu boleh dihubungkan dengan Apple Carplay.
Namun selepas di menghubungkan skrin digital itu dengan Apple Carplay, di sinilah masalah timbul. Sistem tiba tiba jadi ‘hang’ dan skrin hitam.
“Saya hubungkannya dengan Apple Carplay dan ianya terus tidak terhubung [disconnected] dan skrin jadi kosong. Saya pun tak tahulah, sebab tak boleh tekan apa apa dah.
“Kalau nak bagi signal pun dan tak ada. Lihat sendiri, signal tak berfungsi. Tak ada bunyi signal dan saya tak pasti sama ada lampu signal ada keluar atau tidak.
“Tak boleh, kenapa macam ini Proton?
“Infotainment dia jadi kosong. Ya, baguslah kan, dapat hubungkan dengan Apple Carplay dan Android Auto sekarang ini. Namun begitu, hubungan dia tidak stabil.
“Dan dia akan skrin kosong agak lama dalam 10 minit.”
Faiz kemudian terkejut dan panik apabila sistem paparan skrin tiba tiba terpadam semua.
“Semua terpadam! Sudah! Saya tengah bawa kereta ni, kenapa?,” katanya dalam keadaan panik ketika memandu di lebuhraya.
Mujurlah sistem tersebut ‘restart’ balik sendirinya. Namun Faiz tetap mempersoalkan kenapa perkara itu berlaku.
@thefaizzainal Buat suspense betul Proton Saga MC3 2026 ni 😰