Influencer sindir netizen yang sebelum ini mengecamnya selalu bawa kereta laju.

Influencer tersebut turut ditegur kerana konten yang dianggap menyimpang daripada konteks.

Seorang influencer terkenal memuat naik video dia memandu mengikut had laju. Influncer sindir netizen balik kerana pernah mengkritiknya kerana memandu terlalu laju melebihi had laju.

Lalu dia memandu pada kadar had laju di lorong paling kanan dan menyatakan bahawa ada pemandu kereta dari belakang memberikan isyarat ‘flash’ lampu kepadanya.

Influencer sindir netizen sanggup buka tingkap tunjuk had laju

Dia memutuskan untuk tidak mengendahkan kereta tersebut kerana dia memandu mengikut had laju.

had laju

Dia berkata: “Sekarang ini aku ikut had laju 90km sejam tetapi ada orang bagi aku isyarat lampu tinggi, adakah aku dikira lane hogger?

“Aku buka tingkap dan tunjuk papan tanda had laju 90 kmj.

“Jadi lorong paling kanan itu untuk memotong atau lorong had laju,” kata influencer itu yang mencabar netizen untuk tag semua agensi termasuk PDRM, SRPM, LHDN dan PBSM untuk membincangkan siapa yang betul siapa yang salah.

Seorang pengguna TikTok telah memberikan respon kepada influencer tersebut:

“Benda mudah je bang.  Kau baru dapat lesen kereta ke macamana?

“Lorong kanan itu untuk memotong walaupun had laju 90kmj, namun lorong tersebut adalah untuk memotong.

influencer sindir netizen

“Kalau kau bawa 90km sejam, had laju kebangsaan, duduklah lorong tengah.

“Takkanlah orang nak memotong kau pun dengan kelajuan yang sama [90kmj], macamana dia nak potong kau?

“Jadi dia kenalah bawa laju sikit. Kalau orang tu  [yang memotong] bawa kereta dengan kelajuan melebihi had laju, dia yang kena saman, bukan kau.

“Benda ini mudah, buang ego, bertolak ansur. Sebab kita tidak tahu, dia mungkin ada kecemasan masa dia nak cepat.

“Aku ingat lagi masa aku belajar dulu, kita kena bawa defensive driving bukan offensive, jaga diri kita dulu, orang lain tu di luar kawalan kita.

“Jadi, buang ego, bertolak ansur, Inshaallah, kita akan selamat di jalan raya.”

@abang.panglima

Benda simple je nak faham….😌

♬ original sound – Abg Panglima® – Abg Panglima®

Netizen lain menasihati influencer tersebut agar dia membuat konten lebih berfaedah dan memberikan pengaruh lebih baik daripada influencer sindir netizen yang menegurnya demi kebaikan.

Dia memang laju

Ramai netizen berkongsi bahawa influencer tersebut memang suka memandu dengan kelajuan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Sebelum ini, influencer tersebut juga pernah terlibat kemalangan.

iman

Dan rakaman kamera papan pemuka pemandu lain menunjukkan kereta influencer itu dipandu terlalu laju dalam keadaan jalan basah dan licin.

Ada juga yang mempertahankan influencer tersebut menyatakan bahawa, influencer itu sudah menyatakan bahawa tempoh hari dia membawa laju guna lorong kanan pun kena marah. Jelas influencer sindir balik netizen yang pernah menegurnya.

Ianya dibalas netizen lain yang menyatakan: “Memandu laju di lorong kanan salah melainkan kau nak memotong. Faham? Bawa laju lebih had laju tetap salah melainkan kau sedang memotong. Faham?”