Nama seorang influencer TikTok veteran mula menjadi hangat semula selepas didakwa mempunyai sikap mengumpul sampah sarap dan menyebabkan kerosakan lebih puluhan ribu untuk rumah sewa yang diduduki selama ini.

Pendedahan ini telah dibuat oleh seorang  individu menerusi platform X yang mana meminta para pemilik rumah untuk tidak memberi sewa kepada influencer terbabit kerana bakal menjadi masalah serius di kemudian hari.

Hal ini kerana dia selaku pemilik hartanah itu berkongsi yang influencer TikTok yang dikenali sebagai Princess Suzie bukan sahaja memiliki masalah ‘hoarding disorder’ iaitu tabiat menyimpan barang lama malahan menyebabkan kerosakan rumah milik ibunya di Selangor.

Influencer tiktok
Sumber Gambar: X

Sudahlah rumah yang disewakan bertukar menjadi seperti hutan kerana dipenuhi semak samun pokok serta timbunan sampah di kawasan masuk, kini pemilik terpaksa menanggung kos kerugian dengan anggaran lebih RM33,000.

Influencer tiktok
Sumber Gambar: X

Ini termasuklah pecahan kepada beberapa kategori termasuklah bil TNB RM16,000 dan kerosakan paip air dari selangor RM2,500 dan tidak membayar sewa dengan anggaran RM13,000.

Influencer tiktok
Sumber Gambar: X

Perkara bertambah rumit apabila dia sudah berulang-kali cuba menghalau keluar dan akhirnya terpaksa meminta pihak polis untuk masuk campur dalam hal tersebut.

Difahamkan dia sudah menyewa sejak tahun 2016 sehingga 2024 dan dia pada mulanya hanya memilih untuk berdiam diri demi menghormati keputusan ibunya yang tidak membesarkan perkara itu.

Setelah ia melarat sampai ke tahap serius, dia mengambil inisiatif untuk menghebahkan sikap influencer TikTok itu agar pemilik rumah sewaan lain tidak menerima nasib yang sama sepertinya.

Dia juga menghebahkan nama sebenar influencer veteran terbabit serta tempat menetap semasa.

Malah, dia mengelarkan mereka sebagai penyewa dari neraka ekoran sanggup menganaiya orang lain di samping menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit dari perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, dia mengakui kesilapan daripada pihaknya kerana tidak melantik agen serta melihat keadaan rumah dan tidak menukar nama bil TNB kepada nama penyewa.