Seorang influencer wanita menunjukkan aksi perlawanan asap tebal antara penunggang RXZ.

Wanita itu yang menggelarkan dirinya Rossi, mengakui sebenarnya dia sudah lama letak jawatan daripada acara seperti itu. Namun terpanggil untuk menyahut cabaran daripada seseorang yang memetik namanya.

Netizen Kecam Sekumpulan Penunggang RXZ Tunggang Secara Melulu Dan Bahaya

Dia memuat naik aksi tersebut di akaun media sosial miliknya. Sambil berseloroh bahawa: “Sekarang ini sedang berebut kawasan, dia dakwa tempat dia.

“Eh dia tak kenal agaknya dekat Rossi ni boss.”

Dia turut menulis: “Perlawanan asap tebal, Rossi dah lama letak jawatan, hari ini Rossi turun sebab ada orang petik nama Rossi.”

Di ruangan komen netizen rata rata mengecam aktiviti perlawanan asap tebal tersebut.

Ada yang mengingatkan influencer tersebut agar tidak membawa budaya tidak sihat itu ke negeri orang lain. Mereka mengingatkan influencer itu agar tidak semata mata laparkan sohor sehingga meninggalkan adab dan batas kesopanan seorang wanita.

Ada yang akui malu melihat perangai influencer tersebut, terutama sekali dengan imej bertudung, masih bangga menunjukkan dirinya melakukan aktiviti yang dianggap tidak berfaedah itu.

Influencer Wanita Ini Dikecam Adakan Perlawanan Asap Tebal Disaksikan Lautan Penunggang RXZ

Yang lain berkata: “Orang macam ni la bawa rosak nama perhimpunan RXZ Members. Orang yang benar benar nak bersantai berkumpul dengan peminat RXZ lain turut terpalit.”

Ada juga yang menegur cara wanita wanita di dalam video tersebut berpakaian seksi dan imej berpakaian ketat.

Influencer Wanita Ini Dikecam Adakan Perlawanan Asap Tebal Disaksikan Lautan Penunggang RXZ

Netizen juga berharap pihak penganjur acara permotoran agar mengenakan syarat berpakaian kepada peserta terutama sekali wanita.

Influencer Wanita Ini Dikecam Adakan Perlawanan Asap Tebal Disaksikan Lautan Penunggang RXZ

Tidak kurang juga yang melabel influencer dan wanita wanita di dalam video itu sebagaiĀ  cringe.