Badminton All England 2024 – Pusingan 32 [12 Mac 2024, 6:00 PM]

Para peminat badminton tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan pertama Badminton All England 2024 yang bermula hari ini menerusi saluran yang disediakan di bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Link Siaran langsung:

  1. RTM Sports
  2. Astro Supersports 814 

Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran AstroSports.

Jangan risau jika TV anda tiada saluran Astro kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Siaran akan bermula pada pukul 6.00 petang waktu Malaysia melibatkan 5 wakil negara dalam acara beregu campuran, beregu lelaki dan beregu wanita.

Wakil beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dijangka akan turun beraksi pada pukul 7.40 malam ini diikuti beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Sebanyak 11 wakil negara terlibat dalam kejohanan berstatus Super 1000 itu yang menawarkan hadiah lumayan serta mata ranking yang lebih tinggi.

Kali terakhir wakil Malaysia menjuarai kejohanan tersebut adalah pada tahun 2021 menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia. Selain itu, Malaysia pernah menjuarai acara beregu lelaki menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Booh Heong pada tahun 2007.

Lee Zii Jia yang menjadi wakil tunggal negara bagi acara perseorangan lelaki akan beraksi pada hari esok berdepan wakil Jepun, Kodai Naraoka.

Manakala bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi sandaran utama negara bagi acara beregu lelaki namun mereka bakal menentang rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin di pusingan pertama hari ini.

Selain itu, beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan turut turun beraksi menentang rakan senegara iaitu Vivian Hoo-Lim Chew Sien.