Acara badminton di Sukan Olimpik Paris 2024 sekali lagi menjadi tumpuan apabila perseorangan lelaki, Lee Zii Jia turun beraksi untuk penentuan pingat gangsa hari ini.

Berdasarkan jadual, Lee Zii Jia bakal berentap menentang pemain India, Lakhsya Sen pada pukul 8.30 malam (Waktu Malaysia).

Info siaran langsung Lee Zii Jia vs Lakhsya Sen (Penentuan Gangsa)

Tarikh: 4 Ogos 2024 (Ahad)
Masa: 8.30 malam waktu Malaysia
Link siaran Langsung: Astro Arena (Youtube), Sukan RTM dan TV Okey

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia membawa pulang pingat dalam acara perseorangan lelaki adalah pada Sukan Olimpik 2016 menerusi Datuk Lee Chong Wei.

Ketika itu, Chong Wei raih pingat perak selepas tunduk di tangan pemain China, Chen Long.

Lee Zii Jia kali ini berpeluang menyumbang pingat gangsa kedua untuk Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas beregu lelaki, Aaron Chia-Wooi Yik melakukannya semalan.

Para peminat sukan tanah air juga boleh menyaksikan siaran langsung aksi atlet Malaysia yang lain secara percuma menerusi saluran yang disiarkan oleh stesen TV tempatan.

RTM bawakan liputan Sukan Olimpik menerusi 6 saluran di RTM Klik. Ia juga boleh ditonton secara Live Streaming dimana sahaja anda berada.

Astro turut memiliki saluran khas Sukan Olimpik namun anda perlu memuat naik aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.Â