Aksi final Piala Dunia Kelab FIFA 2025 akan berlangsung pada jam 3.00 pagi nanti yang menyaksikan pertembungan antara Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG) di MetLife Stadium, New Jersey.

Pertembungan ini bukan sahaja mencari juara pertama dengan format baharu tetapi pemenang akan menjadi pasukan yang menerima wang tunai tertinggi sepanjang kejohanan.

Baca Juga:

Walaupun beraksi cukup jauh di Amerika Syarikat, pencinta bola sepak di Malaysia terutamanya peminat kedua-dua pasukan, anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung di kaca televisyen, komputer, tablet dan telefon pintar masing-masing.

PSG hadir dengan reputasi cukup besar apabila mengungguli semua piala domestik dan kemuncaknya muncul juara UEFA Champions League (UCL).

Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa skuad kendalian Luis Enrique itu dilabel sebagai pilihan utama untuk menjuarai kejohanan ini.

Piala Dunia Kelab
Kredit Foto: JUAN MABROMATA / AFP

Namun, skuad muda Chelsea juga pasti akan turut bermatian-matian pada perlawanan ini untuk membuktikan kemampuan dalam usaha memburu kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFA 2025.

Walaupun dengan prestasi tidak menentu sejak awal musim, anak-anak-anak buah Enzo Maresca berjaya mencuri slot ke UEFA Champions League (UCL) 2025/26 dan menjuarai UEFA Conference League 2024/25.

Siaran Langsung Final Piala Dunia Kelab FIFA 2025

Chelsea vs Paris Saint-Germain

Sepak Mula: 3.00 Pagi
Tempat: MetLife Stadium, New Jersey
Siaran Langsung: Aplikasi dan Laman Sesawang DAZN

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi atau pergi ke laman sesawang rasmi DAZN untuk menyaksikan perlawanan ini secara percuma.

Tiada sebarang siaran langsung di stesen televisyen tanah air, baik saluran percuma atau pun berbayar.

Siaran langsung hanya di DAZN!