Final Piala Malaysia 2023 – JDT vs Terengganu [8 Disember 2023, 9:00 PM, Stadium Nasional Bukit Jalil]

Saksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim menentang Terengganu FC secara percuma menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.

Baca Juga:

Bagaimanapun, para penyokong tidak perlu risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Selain di RTM Klik, para peminat juga boleh menonton perlawanan ini menerusi Astro di saluran Astro Arena 801, 803 dan juga Astro Supersport UHD 806. Anda perlu memiliki applikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton di saluran ini.

Siaran percuma:

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803)
  2. Astro Supersport UHD (806)

Siaran akan bermula pada pukul 8.30 malam sebelum sepak mula pada pukul 9.00 malam melibatkan beberapa pemain hebat daripada kedua-dua pasukan seperti Arif Aiman, Bergson, Forestieri, Sony Norde, Liridon Krasniqi dan Ivan Mamut.

Jika JDT berjaya mempertahankan Piala Malaysia malam ini, mereka bakal mencatat rekod baharu Liga Malaysia (Liga M) sebagai pasukan pertama menjulang ‘double quadruple’.

Mereka bukan sahaja menjadi pasukan pertama melakar ‘double quadruple’ malah mungkin menjadi satu-satunya pasukan meraih kejayaan sedemikian di Malaysia.

Namun begitu, Terengganu turut berpeluang menjadi pasukan pertama menewaskan JDT di Liga Malaysia. JDT setakat ini belum tewas dalam semua pertandingan sepanjang musim 2023.

Adakah kejutan akan berlaku malam ini? Menarik untuk disaksikan pasukan mana yang bakal bergelar juara Piala Malaysia 2023.