Skuad sepak takraw negara akan membuat perhitungan dengan Thailand pada aksi final regu lelaki Sukan Asia 2026 di Nagoya City Mizuho Park Gymnasium sebentar lagi.
Ia merupakan peluang terbaik buat skuad negara untuk meraih pingat emas kedua selepas mereka melakukannya dalam acara regu berpasukan lelaki pada Jumaat lalu.
Pertembungan menentang Thailand dijangka berlangsung sengit memandangkan kedua-dua negara mempunyai tradisi dan reputasi tersendiri dalam sukan sepak takraw di peringkat antarabangsa.
Bagi peminat sukan tanah air yang ingin mengikuti perkembangan aksi final tersebut, berikut merupakan maklumat siaran langsung perlawanan Malaysia menentang Thailand di Sukan Asia 2026.
Final Regu Lelaki Sukan Asia 2026
Sepak mula: 9:30 pagi, 29 September 2026 (Selasa)
Tempat: Nagoya City Mizuho Park Gymnasium
Link Siaran Langsung: Astro 901 & RTM Klik (Sukan+)
Sekiranya tidak mempunyai akses Astro Arena, anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara percuma di saluran Sukan+ RTM.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu ke laman sesawang RTM Klik untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.
Kem negara berkemungkinan besar bakal menyandarkan harapan kepada gandingan Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Aidil Aiman Azwawi. Manakala Zulkifli Abd Razak dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali berada di bangku simpanan.
Manakala Thailand pula bakal dibarisi Pornthep Tinbangbon, Kritsanapong Nontakote, Phutawan Sopa, Tanaphon Sapyen dan Wuttinun Kamsanor.