Peminat sukan sepak takraw yang tidak berkesempatan ke Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan akhir STL 2025 GP Kuala Lumpur antara Melaka Titans dan Negeri Sembilan Antlers pada malam ini boleh menonton siaran langsung aksi tersebut di kaca televisyen.
Aksi menarik pastinya dapat disaksikan peminat sepak takraw tanah air apabila dua pasukan yang berada di prestasi terbaik itu bakal bertemu sesama sendiri.
Baca Juga:
- Senarai Pasukan Ke Separuh Akhir STL 2025 GP Kuala Lumpur

- STL 2025: Kedudukan Terkini Selepas Berakhirnya 2 Saingan GP

- Senarai Pasukan Ke Separuh Akhir STL 2025 GP Negeri Sembilan

Melaka Titans merupakan juara bagi GP Terengganu manakala Negeri Sembilan Antlers pula memenanginya di laman sendiri pada minggu lalu.
Dibarisi trio pemain kebangsaan iaitu Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Zaim Razali yang tidak perlu untuk diperkenalkan lagi, Melaka Titans bagaimanapun masih perlu berhati-hati dengan ancaman besar bakal dijelmakan Negeri Sembilan Antlers.

Ia berikutan prestasi Haziq Hairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan dan Zulefendi Sumari juga tidak kurang menariknya berbekalkan kepada kemampuan hebat mereka.
Siaran Langsung Final STL 2025 GP KL
Melaka Titans vs Negeri Sembilan Antlers
Sepak Mula: 9.30 Malam
Tempat: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
Siaran Langsung: Astro Arena 801
Sebelum perlawanan menarik bakal disajikan ini, Perak Bison dan Selangor Pistons akan terlebih dahulu beraksi dalam aksi penentuan tempat ke-3/4 yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.00 malam.
Perlawanan tersebut juga akan turut disiarkan secara langsung di Astro Arena 801. Selain itu perlawanan ini turut boleh disaksikan di Astro Go dan Sooka.