Tamat perlawanan Kuala Lumpur Thunder menentang Perak Bison dalam aksi terakhir kumpulan B Sepaktakraw League (STL) 2025 sebentar tadi menyaksikan slot empat pasukan untuk ke separuh akhir bagi Grand Prix (GP) Kuala Lumpur sudah pun terungkai.
Slot ke separuh akhir daripada kumpulan A diisi pasukan pilihan juara, Melaka Titans yang cemerlang menundukkan PDRM Defenders dan Terengganu Turtles.
Baca Juga:
- STL 2025: Kedudukan Terkini Selepas Berakhirnya 2 Saingan GP

- Senarai Pasukan Ke Separuh Akhir STL 2025 GP Negeri Sembilan

- STL 2025: Ini Perubahan Format Yang Buatkan Laluan Kejuaraan Lebih Mencabar

Ia sekali gus mengubat kekecewaan Melaka Titans yang tersingkir awal daripada persaingan ketika GP Negeri Sembilan tempoh hari.

Dalam kumpulan B, Perak Bison beraksi dengan cemerlang untuk menewaskan tuan rumah, Kuala Lumpur Thunder dengan kemenangan 2-0 untuk meneruskan kemaraan skuad kendalian Dzafril Anuar itu.
Kemenangan 2-0 ATM Guardians ke atas Penang Black Panthers membantu Selangor Pistons untuk mara ke separuh akhir sebagai wakil kumpulan C.
Manakala, slot terakhir diisi oleh Negeri Sembilan Antlers dari kumpulan D walaupun mereka tewas 1-2 pada aksi kedua bertemu Johor Tigris petang tadi.
Kemenangan 2-0 pada aksi pertama ke atas Kelantan Warriors sudah cukup buat Negeri Sembilan untuk sekali lagi melepasi pusingan awal selaku juara kumpulan.

Senarai Pasukan Yang Mara Ke Separuh Akhir GP Kuala Lumpur
1) Melaka Titans
2) Perak Bison
3) Selangor Pistons
4) Negeri Sembilan Antlers
Dengan empat pasukan yang mara ke separuh akhir, ini bermakna Selangor Pistons dan Perak Bison berpeluang untuk muncul juara baharu selepas dua GP sebelum ini menjadi milik Melaka Titans dan Negeri Sembilan Antlers.