Indonesia Masters 2025 sudah memasuki pusingan kedua (pusingan 16) dimana Malaysia mempunyai 11 wakil di peringkat tersebut.

Sorakan padu penyokong yang membanjiri Istora Senayan jelas merupakan antara tarikan kejohanan berstatus Super 500 itu.

Baca Juga:

Bagi peminat badminton tanah air yang tidak berpeluang untuk ke Jakarta bagi menonton aksi Indonesia Masters secara langsung, anda boleh menyaksikan perlawanan-perlawanan menarik itu menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Info Siaran Langsung Indonesia Masters 2025
Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut meneruskan kemaraan dalam Indonesia Masters 2025. Kredit Foto: BAM

Link Siaran langsung Indonesia Masters 2025:

1) Astro Arena Saluran Badminton 815 – Gelanggang 1

2) Youtube BWF TV – Gelanggang 2

3) Youtube BWF TV – Gelanggang 3

Sekiranya tidak mempunyai akses Astro, anda masih boleh menyaksikan perlawanan di gelanggang 1 di laman Youtube BWF TV tetapi perlu menggunakan VPN.

Untuk Gelanggang 2 dan 3, anda tidak memerlukan VPN dan boleh terus menyaksikan di laman Youtube BWF TV secara percuma tanpa sebarang halangan.

Namun, sekiranya aksi gelanggang 2 akan mula disiarkan di Astro Arena contohnya seperti saingan suku akhir, anda perlu juga untuk menggunakan VPN.

Seperti dilaporkan sebelum ini, 11 wakil negara akan turun beraksi bagi merebut tempat ke peringkat suku akhir kejohanan Indonesia Masters kali ini.

Malaysia mempunyai enam wakil dalam Indonesia Masters menerusi acara beregu lelaki menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Arif Junaidi-Yap Roy King, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong.

Pearly Tan-M. Thinaah dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membawa cabaran dalam beregu wanita manakala Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta Hoo Pang Ron-CHeng Su Yin bagi acara beregu campuran.

Sementara itu, K. Letshanaa pula menjadi tunggal negara dalam sektor perseorangan wanita dan tiada wakil negara bagi perseorangan lelaki.

Kali terakhir kem Malaysia muncul juara dalam kejohanan badminton Indonesia Masters adalah pada edisi 2011 menerusi pasangan beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Kejuaraan pertama dan terakhir buat negara itu menyaksikan mereka menang pada aksi ‘rubber set’ ketika menentang wakil China, Bao Yi Xin-Zhong Xian Xin.