Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih 2025/26): Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Selangor [8 Ogos 2025, 9:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong JDT dan Selangor yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan pembukaan kempen Liga Super tersebut di kaca televisyen anda.
Baca Juga:
- Piala Sumbangsih Dibatalkan, JDT Diberi Kemenangan 3-0
- Tidak Hadir Untuk Aksi Piala Sumbangsih, Selangor Mungkin Dihukum

- Piala Sumbangsih: JDT Kecewa Dengan Keputusan Selangor

Piala Sumbangsih 2025/26
Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Selangor
Sepak mula: 9:00 malam, 8 Ogos 2025 (Jumaat)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran Langsung: Astro Arena (801) , Astro Arena Bola (803) & RTMKlik

Astro Arena bukan merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang bakal menyiarkan siaran langsung perlawanan menarik ini, malah ia boleh ditonton di saluran RTM.
Sehubungan dengan itu untuk menyaksikan di laptop, komputer dan telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go, Sooka serta RTMKlik (Sukan RTM dan TV Okey) untuk menonton secara ‘Live Streaming’.
Diperkuatkan dengan kehadiran pemain warisan serta import baharu, JDT dilabel sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Sumbangsih buat kali kelapan berturut-turut.
Tambahan pula skuad kendalian Xisco Munoz itu bakal beraksi dihadapan penyokong sendiri yang nyata bakal menyemarakkan lagi semangat juang pemain skuad Harimau Selatan.

Namun, Selangor juga pastinya membawa harapan besar untuk mencipta kejutan, apatah lagi sudah lama pasukan Merah Kuning tidak berjaya menundukkan JDT.
Dengan kedua-dua pasukan memiliki misi tersendiri, Piala Sumbangsih 2025/26 pastinya menjadi perlawanan pembuka tirai yang penuh drama dan emosi.
Memang menarik untuk disaksikan!