Saingan awal dalam Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 akan bermula petang ini dengan dua acara disertai pemain Malaysia iaitu Double dan Quadrant.
Bagi acara Double, skuad negara akan berhadapan dengan Nepal dalam aksi pertama jam 2.00 petang manakala Thailand menanti pada 9.30 malam.
Baca Juga:
- Piala Asia 2025: Jadual Penuh Aksi Skuad Sepaktakraw Malaysia
- Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025
- Ini Penyebab Skuad Sepak Takraw Malaysia Sering Hadapi Kesukaran Ketika Bertemu Thailand
Acara Quadrant yang menampilkan empat pemain pula menyaksikan Malaysia bakal berentap dengan China (3.30 petang) dan Filipina (8.00 malam).
Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi sambil dibantu Muhammad Redwan Hakim Muhammad akan beraksi dalam acara Double.
Manakala, Quadrant pula menampilkan Zarif Marican Ibrahim Marican, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Fetri Mohd Azwadi, Amirul Zazwan Amir dan Norfaizzul Abd Razak.

Link Siaran Langsung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025:
2) Unifi TV – Unifi Sports Channel 701
3) Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)
Terdapat dua pilihan buat anda yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi menyaksikan secara langsung di depan mata bersama ribuan peminat setia sepak takraw negara.
Yang pertamanya anda perlu melanggan pakej Astro atau Sooka untuk menonton aksi-aksi yang pastinya bakal berlangsung dengan penuh debaran itu.

Selain itu, pengguna unifi TV juga boleh menyaksikan aksi ini sekiranya anda melanggan pakej sukan kerana Unifi Sports Channel 701 turut akan menayangkan siaran langsung tersebut.
Berita menarik buat anda yang tidak melanggan kedua-dua saluran tersebut, siaran langsung percuma boleh disaksikan di Facebook rasmi Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 adalah julung kali diadakan hasil inisiatif Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).