Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung dari 26 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024, yang turut merupakan Sukan Olimpik edisi ke-30.
Ini akan menjadi penyertaan ke 15 bagi kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik sejak 1964.
Baca Juga:
- Ini Sebab Malaysia Hantar Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet Ke Sukan Olimpik
- Malaysia Sasar Satu Pingat Emas Di Sukan Olimpik Paris 2024
- Sukan Olimpik: Busana Kontinjen Malaysia Dapat Sentuhan Rizman Ruzaini
26 atlet Malaysia akan beraksi dalam 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga.
Siaran langsung upacara Pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024
Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 1.30 pagi (waktu tempatan)
Link Siaran Langsung: Astro Arena, RTM Sukan, TV Okey
Para peminat sukan juga boleh menyaksikan siaran langsung aksi atlet Malaysia secara percuma menerusi saluran yang disiarkan oleh stesen TV tempatan.
RTM akan bawakan liputan Sukan Olimpik di saluran TV Okey, Sukan RTM dan 6 saluran di RTM Klik. Ia juga boleh ditonton secara Live Streaming dimana sahaja anda berada.
Astro turut memiliki saluran khas Sukan Olimpik namun anda perlu memuat naik aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.
Jadual aksi atlet Malaysia boleh rujuk di sini.
Senarai penuh 26 atlet Malaysia yang bertanding:
- Bertrand Rhodict Lises: Terjun (Men’s 10m Platform)
- Nur Dhabitah Sabri: Terjun (Women’s 3m Springboard)
- Khiew Hoe Yean: Renang (Men’s 400m Freestyle)
- Tan Ruoxin: Renang (Women’s 100m Breaststroke)
- Nur Shazrin Mohamad Latif: Sukan Pelayaran (ILCA
- Khairulnizam Mohd Afendy: Sukan Pelayaran (ILCA 7)
- Jonathan Wong: Menembak (10m Air Pistol)
- Ariana Nur Dania: Memanah (Women’s Individual and Women’s Team)
- Syaqiera Mashayikh: Memanah (Women’s Team)
- Nurul Azreena Mohamad Fazil: Memanah (Women’s Team)
- Nur Aisyah Mohamad Zubir: Berbasikal (Road)
- Dato’ Azizulhasni Awang: Berbasikal (Sprint and Keirin)
- Muhammad Shah Firdaus Sahrom: Berbasikal (Sprint and
- Keirin)
- Nurul Izzah Izzati Mohd Asri: Berbasikal (Sprint and Keirin)
- Mohamad Aniq Kasdan: Angkat Berat (Men’s 61kg)
- Aaron Chia and Soh Wooi Yik: Badminton Men’s Doubles
- Pearly Tan and Thinaah Muralitharan: Badminton Women’s Doubles
- Chen Tang Jie and Toh Ee Wei: Badminton Mixed Doubles
- Goh Jin Wei: Badminton Women’s Singles
- Lee Zii Jia: Badminton Men’s Singles
- Gavin Kyle Green: Men’s Golf (Men’s Golf)
- Ashley Lau Jen Wen: Women’s Golf (Women’s Golf)
- Azeem Fahmi: Men’s 100m Olahraga