Undian pusingan kalah mati AFC Cup 2023/24 [28 Disember 2023, 2:00 PM waktu Malaysia]

Saksikan siaran langsung undian AFC Cup (Piala AFC) yang melibatkan beberapa pasukan yang telah mara ke pusingan kalah mati di semua zon.

Baca Juga:

Para peminat dari Malaysia boleh menonton menerusi live streaming yang disediakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Link Siaran langsung: The AFC Hub (YouTube)

Siaran akan bermula pada pukul 2.00 petang dan Sabah FC satu-satunya wakil Malaysia yang terlibat dalam undian ini.

Sabah mara ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN selaku juara kumpulan H selepas mengutip 12 mata dalam 6 perlawanan yang diharungi.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu menewaskan kelab Singapura, Hougang United, wakil Vietnam (Haiphong FC) serta kelab dari Indonesia, PSM Makassar.

Namun, mereka juga mencatat dua kekalahan ketika menentang Haiphong FC di tempat lawan dan PSM Makassar di Stadium Likas.

Satu lagi wakil negara, Terengganu FC (TFC) gagal mara ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN walaupun mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kumpulan G.

TFC tidak berjaya raih slot tempat kedua terbaik apabila hanya mampu mengumpulkan 12 mata daripada 6 perlawanan yang diharungi. Slot itu diberikan kepada wakil Kemboja, Phom Penh Crown yang memiliki kelebihan dari segi jumlah jaringan.

Dua lagi pasukan yang turut mara ke separuh akhir Zon ASEAN ialah kelab Australia, Central Coast Mariners dan Macarthur.