Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz sedang mempersiapkan dirinya untuk watak ganas menerusi filem yang terbaharu arahan Syamsul Yusof yang bertajuk Original Gangster.

Baru-baru ini, pelakon yang terkenal dengan watak Malik itu memuat naik satu video yang menarik perhatian netizen yang menunjukkan tatu palsu yang dilukis pada lehernya.

Baca Juga:

Kebanyakkan netizen yang berpendapat tatu tersebut berbentuk dan berlambangkan salib malah ramai yang mengatakan Aaron tidak sensitif dengan isu tersebut.

Walau bagaimanapun, Aaron  tidak cepat melatah dengan kecaman dan kritikan daripada netizen dan telah memuat naik video di akaun TikTok bagi menjelaskan bahawa tatu tersebut bukan bentuk salib tetapi ia hanyalah bentuk pedang atau dagger (pisau kecil).

“Itu bukan salib, itu dagger. Korang ingat aku kafir ke apa? Pisau! Semua pisau dagger mesti ada batang yang ada pemegang,” kata Aaron menerusi video TikTok miliknya.

Aaron juga sempat memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak mudah cepat melatah serta tidak terus membuat andaian sendiri. Dia juga berharap agar semua orang sentiasa bersangka baik terhadap segala perkara.