“Bayangkan anda sedang bercuti atau menetap di luar negara, tiba ke lapangan terbang negara tersebut dan dianggap sebagai warga tempatan”. Inilah ‘sumpahan’ yang terpaksa dihadapi oleh seorang pemuda dari Filipina ini.

Gara-gara memiliki wajah ‘awam’ yang sangat seiras dengan tipikal rakyat Malaysia, dia seringkali tersilap label sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Saya ni orang Filipina-Amerika, tapi saya juga boleh cakap Mandarin sikit-sikit. Masalahnya, setiap kali saya mendarat kat KLIA, orang terus ingat saya ni orang Malaysia,WTF” tulisnya dengan nada kasar yang jelas menggambarkan rasa jengkel

'Ingat Saya Orang Malaysia?' – Kapsyen 'WT*' Pemuda Filipina-Amerika Ini Undang Kecaman Netizen
Sumber Gambar: Threads

Dia seolah-olah merasakan identiti warga Amerika dan darah campuran Filipina yang dimilikinya itu menjadikannya lebih ‘superior’ berbanding warga tempatan.

Hantaran terbabit telah pun mengundang komen sinis dari kalangan warga Malaysia serta negara serantau Asia Tenggara yang lain.

“Bila kau cakap ‘WTF’ tu, maksudnya kau rasa lagi hebat ke daripada kitorang sebab kau orang Amerika? Orang Malaysia pun tak hinginlah nak jadi dua-dua tu (Filipina atau Amerika). Kelakar la. Saja je cakap”, kata seorang wanita.

“”Orang Melayu pun ramai lagi pandai cakap Cina daripada kau. Tak faham kenapa kau kena sebut benda tu dalam kapsyen. Selagi kau tak ada tatu yang nampak jelas, memang kau akan nampak macam orang lokal lah. Tak payah nak kecoh sangatlah,” ujar seorang pengguna lain.

“Kat Amerika pun orang tetap akan salah sangka ingat kau orang Malaysia. Tinggi betul peluang tu,” komen sinis seorang netizen lain.

Sementara netizen dari negara serantau lain berpendapat ini sebagai keunikan serumpun di kalangan negara-negara ASEAN yang membawa maksud kita berkongsi akar budaya, rupa paras, dan sejarah yang serupa.

Ada yang merasa bangga warga negara Asia Tenggara boleh beradaptasi dengan warga tempatan apabila tiba ke 11 negara di dalam pakatan ASEAN .

Pada ketika ini, pemilik akaun itu sudah mengehadkan ruangan komentar kerana dipercayai takut diserang oleh ‘askar bawang’.