Menjadi kebiasaan buat peminat kopi pekena kopi espresso kerana rasa dan aroma yang didakwa lebih asli dan sedap dinikmati.

Kini timbul sejumlah kedai kopi bak cendawan di luar sana yang mendakwa mereka sedia menawarkan kopi yang dibancuh secara manual termasuklah biji kopi dikisar sehingga halus untuk rasa yang asli.

Namun, seorang lelaki meluahkan kekecewaan apabila merasa terperdaya dengan sebuah kedai yang menawarkan kopi jenis espresso tetapi realitinya hanya menggunakan pek serbuk kopi yang sudah siap.

“Terkena den harini. Mintak double shot latte, pekerja mengangguk paham. Sekali dia bancuh kopi serbuk di belakang siap buh dalam microwave bagi panas”, luahnya.

Tambahnya lagi, dia dikenakan caj semahal RM8 yang sekaligus membuatkan rasa ia tidak berbaloi mahalan dia dipercayai datang dari jauh untuk merasainya.

Perkongsian lelaki itu ternyata mencuri perhatian netizen dan rata-ratanya turut terkejut dengan penawaran kopi dengan serbuk ready made walhal kedai kopi selalunya akan kisar biji kopi secara manual di lokasi sebagai bukti ia asli buatan tangan.

Tidak kurang juga, ada yang mendedahkan jika wujud kedai kopi yang hanya menayang mesin pengisar di kaunter namun hanya menghidangkan kopi bancuh dari pek serbuk yang dah siap.

Bagaimanapun, pengasas kopi terbabit telah mendedahkan yang setip hidangan kopi mereka sediakan adalah espresso yang telah dikisar di dengan menggunakan mesin kopi sebenar.

“Berkenaan kopi yang kami sediakan, semua menu kopi di Kopi Surat Cinta adalah daripada espresso yang telah kami brew sedia menggunakan biji kopi jenis robusta. Bukan kopi bancuh, tapi ia telah kami sedia brew menggunakan coffee machine. 100% espresso,” kongsinya.