Umum mengetahui bahawa vape dijual dengan pelbagai perisa dan bentuk untuk menarik perhatian para penggunanya agar membeli ia walaupun membahayakan kesihatan.
Terbaharu, dapat dilihat di TikTok beberapa pengguna berkongsi video mengatakan mereka membeli vape comel seperti permainan dan sanggup mencari kedai yang memiliki stok vape tersebut walaupun tidak menghisap vape tetapi hanya disebabkan ia comel.
Baca Juga:
- Selamba Beri Vape Pada Bayi Dan Rakam, Tindakan Individu Ini Undang Kemarahan Netizen
- Tampil Dengan Imej Berhijab, Aksi Gadis Melayu Ini Menari Tarian Singa Buat Netizen Kagum
- Perodua Aruz Diconteng Perkataan Janda Rupanya ‘Marketing’ Murahan Jenama Vape?
@mesyamina
@
Hal ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat kerana penjualan vape dalam bentuk menarik seperti permainan ini akan menarik minat mereka yang bukan perokok membelinya.
Malah, segelintir netizen juga berpendapat jika hal ini dibiarkan berterusan maka dibimbangi akan mempengaruhi ramai orang sehingga membuatkan ramai orang cuba untuk merokok dengan vape.
@deathhakka_syam Hukum v@pe sama mcm mer0kok..HARAM..Dh smcm satu trend plk. V@pe ada dlm pelbagai btk, saiz n warna. Yg tak masuk akalnya, v@pe pod dlm design yg seakan sama dgn btk mainan ataupun jajan kanak². Seolah² ingin menarik golongan wanita, remaja n kanak² ini mdekati v@pe. Diharapkn pihak bkuasa mgambil tindakan keras utk ban #tigerpod v@pe ini dlm pasaran Malaysia. cc : YB @fadhlinasidek YB @aspirasifuziahsalleh YB @drzalihamustafa #KPM #KPDN #KKM
Industri vape: kami nak bantu perokok berhenti, bukan nak jual kepada kanak kanak, remaja dan bukan perokok.
Tapi buat vape yang menarik minat kanak kanak, remaja, dan bukan perokok.@Kelvinyii88 pic.twitter.com/RfBQSZDbOg
— Fahmi Hassan RPh (@Fahmibinhassan) January 15, 2023
Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan kini ada pelajar sekolah tanpa rasa bersalah sudah mula menghisap vape walaupun ianya satu tindakan yang salah dari segi undang-undang.