Sejak 26 Oktober 2022, Tealive Malaysia telah perkenalkan seleksi menu minuman baharu iaitu Caramel Pudding Ramen dan menu itu yang terlihat unik berjaya meraih perhatian peminat jenama Tealive untuk mencubanya.
Menjengah ke TikTok, ramai orang berkongsi video menunjukkan mereka telah membeli ‘Caramel Pudding Ramen’ ini dan membuat ‘review’ bagaimana rasa minuman tersebut.
Baca Juga:
- 8 Air Tealive Yang Perlu Anda Cuba Seperti Yang Dikongsikan Oleh ‘Tearista’ Mereka
- Bekas Pekerja Subway Ini Dedah ‘Rahsia’ Untuk Jadikan Sandwich Anda Lebih Sedap
- Tekan Terus Siap, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Pesanan Di Mesin Kopi Costa Untuk ‘First Timer’
@ainkeira Bought Caramel Pudding Ramen bcos i want the cute gummy egg 😂 #tealivemalaysia #caramelpuddingramen
@jomkitamy Jom cuba Tealive Caramel Pudding Ramen #Jomkita
@syedot_asmr siapa dah cuba TEALIVE PUDDING RAMEN? (dengar mcm pedas) 🥵 #SyedotAsmr #MakanLokal #MYFoodie #FoodReview #FoodLover #fyp #mukbang #tiktokfood
@fildzafatihah Sedap Caramel pudding Ramen ni 🥹 ada yg dah try? #fyp #foodie #tealive #fypage #fildzazainal
♬ bunyi asal – Nyap tahuk – 🇨 🇪 🇴  🇿 🇺 🇱
Hasil tinjauan kami, rata-rata netizen pada awalnya beranggapan minuman tersebut diletakkan mi ramen tetapi sebenarnya ianya hanyalah pudding berbentuk mi ramen dan gula-gula berbentuk telur juga diletakkan pada minuman terbabit.
Malah, para netizen yang telah mencuba minuman tersebut kebanyakannya berpuas hati dengan rasa yang dibawa dan mengajak mereka yang belum mencuba minuman itu untuk mencubanya.
Difahamkan, harga bagi Caramel Pudding Ramen ini bermula dari RM10.80 sahaja. Buat anda yang mahu mencuba, anda bolehlah ke cawangan Tealive terdekat anda untuk mencubanya! Tunggu apa lagi?