Pada Mei 2019 lalu Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah memperkenalkan peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian.

Peraturan baharu tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi peraturan-peraturan tersebut, Kadar Ketelusan Cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan telah ditetapkan seperti berikut –

Subkaedah (1) – Cermin hadapan kenderaan 70%;

Subkaedah (3) – Cermin tepi sisi kiri kanan pemandu 50%; dan

Kaedah 12 (1) (b) – Cermin sisi bahagian belakang dan cermin belakang 0%.

“Pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan bagi kesalahan pertama.

“Bagi sabitan berikutnya pula, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya akan dikenakan,” petik kenyataan rasmi JPJ.

Menurut jabatan itu lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu dan pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap yang ditetapkan.

Berdasarkan rekod, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 108,428 notis kesalahan yang melibatkan cermin gelap sejak tahun 2019 — daripada jumlah tersebut, sebanyak 17,218 telah dikenakan saman JPJ(P)22 yang melibatkan kesalahan cermin gelap.

Bagaimanapun, selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap dengan cara memohon melalui pos atau portal JPJ.

Sehingga kelulusan diperolehi, mana-mana individu hendaklah mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa.