TikTok Shop sudah menjadi salah platform utama untuk para peniaga menjual produk mereka secara dalam talian dengan capaian potensi pelanggan cecah jutaan orang pada setiap hari.
Dengan capaian sebegitu tinggi, pasti ramai tertanya-tanya berapakah keuntungan yang berjaya diraih oleh jenama-jenama terkemuka yang mempelopori di dalam platform tersebut.
Baru-baru ini, seorang pengguna X dengan nama @Zulabmm telah berkongsi satu tangkap layar yang memperlihatkan senarai jenama-jenama yang berjaya meraih hasil pendapatan lumayan pada bulan lalu di platform TikTok.
Berikut merupakan jenama-jenama yang berada di 10 teratas di dalam carta paling buat duit sepanjang bulan Julai yang lalu.
1. Skintific Malaysia RM 12.85 juta
2. Elgini Malaysia RM10.41 juta
3. Panda Eyes RM7.25 juta
4. Glad2Glow RM3.90 juta
6. Easyonline RM3.16 juta
9. Masdora Jewellery RM2.64 juta
10. @khairulaming RM2.54 juta
Yang paling teratas di dalam carta, jenama produk kecantikan dilihat mampu menjana lebih RM10 juta dengan purata harta produk yang dijual sekitar RM65.63.
Kemudian diikuti dengan jenama pakaian terkenal dengan harga mesra poket, Elgini yang berjaya mengutip hasil pendapatan sebanyak RM10.4 juta dengan purata harga produk berjumlah RM19.20.
Pempengaruh terkemuka iaitu Khairul Aming turut berjaya berada di tangga ke-10 dengan hasil pendapatan mencecah RM2.54 juta serta purata harga produk sekitar RM14.14.
Menariknya, dia turut mengucapkan rasa syukur dengan pencapaian tersebut malah mendedahkan kini sudah menjana hasil pendapatan lebih RM3 juta secara konsisten pada setiap bulan.
Alhamdulillah sekarang sambal dan dendeng nyet dah boleh achieve average revenue rm 3.5 juta setiap bulan (Shopee and TikTokShop). Doakan kita boleh consistent and tambah kilang ketiga kat Kelantan nanti untuk produk ketiga 🙏🏻🥹 https://t.co/hPBKIi7a9R
— Khairulaming (@khairulaming) August 17, 2024
Susulan dengan sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai, usahawan berusia 32 tahun ini turut berhasrat untuk membuka kilang ketiga untuk penghasilan produk yang seterusnya