‘Bello’, itulah sapaan Minion yang anda boleh dengar dalam francais filem animasi paling berjaya di dunia, Illumination’s Despicable Me dan Minions.

Kini, pameran interaktif A Minion’s Perspective telah dilancarkan secara rasmi di Resorts World Genting dan pameran ini dibuka kepada umum bermula pada 5 Disember 2023 dan akan berakhir pada 10 Mac 2024 ini.

Baca Juga:

Pameran jelajah antarabangsa ini menawarkan peluang kepada para peminat dari semua peringkat umur untuk menyelami dunia filem-filem Minion yang memecah rekod antrabangsa.

@mimieyuzi

Akhirnya Minion datang melawat Malaysia. Terdapat 8 zon interaktif yang menarik dimana anda dapat bermain seperti spy, menari, menguji fizikal dan paling utama banyak spot bergambar. @Resorts World Genting #Minions #aminionsperspective #aminionsperspectiveexperience #CapCut #explorepage #foryoupage #fyp #fypシ゚viral #placetogo #xyzbca #photospot #ootd #minionsriseofgru

♬ Banana Don’t Jiggle Jiggle – The Minions

Berikutan kejayaan di Seoul, Shenzhen, Shanghai, Pulau Jeju, Taipei, Singapura dan Dalian, pameran seluas 1,800 meter persegi ini akan menampilkan 8 zon bertema di mana para pengunjung boleh menyelami sendiri seakan berada betul-betul di dalam adegan-adegan ikonik daripada filem tersebut.

Saya telah berkesempatan berkunjung ke pameran interaktif A Minion’s Perspective ini dan ini apa yang anda perlu tahu sebelum berkunjung ke sini bersama anak-anak anda. Jom saya kongsikan!

Pameran interaktif A Minion’s Perspective ini hadir dengan 8 zon bertema menarik iaitu teater mini dan model bercetak 3D, simulator mesin kentut & ciptaan aneh Gru, bilik gadis & Fluffy bersaiz mega, penjahat, permainan bertema Minion, tempat bergambar dengan Minion zaman purba.

Bagi zon 1 dan 2 iaitu teater mini dan model bercetak 3D, pengunjung akan dapat lihat sedutan filem franchais Despicaple Me dan Minion. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat lihat banyak koleksi gambar serta model bercetak 3D watak-watak dalam filem terbabit.

Bagi zon 3 dan 4 iaitu simulator mesin kentut & ciptaan aneh Gru, anda boleh menerokai blue print ciptaan aneh Gru dan membuat experiment untuk menghasilkan mesin kentut.

Manakala Zon 5 iaitu bilik gadis & Fluffy bersaiz mega, anda yang suka watak Agnes akan dapat lihat patung Fluffy kesukaannya dengan saiz gergasi. Malah, anda juga boleh mewarna di sini.

Zon 6 dibuat hanya untuk penjahat licik pertunjukan seperti Scarlet Overkill dan Vector. Disini terdapat cabaran tarian dan permainan hopscotch berasaskan memori yang anda boleh mencabar rakan anda.

Zon 7 ialah tempat anda boleh menikmati pelbagai permainan interaktif bertemakan Minion. Yang terakhir zon 8 membolehkan anda untuk bergambar dengan Minion zaman purba.

Bagi anda yang suka bergambar, anda pasti akan suka kerana setiap tempat bermula dari zon 3, banyak tempat bergambar dan anda juga boleh bergambar dengan patung-patung watak seperti Gru, Minion, Scarlet dan banyak lagi.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ‘official merchandise’ comel yang ada dari baju, beg, anak patung dan banyak lagi. Jangan lupa singgah ke sini!