Senarai barisan 11 pemain terbaik FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) 2024 menyaksikan penguasaan pemain dalam saingan La Liga dan English Premier League (EPL).
Sebagai juara European Champions League (UCL) 2023/24 dengan menewaskan Borussia Dortmund di Wembley Stadium, Real Madrid mempunyai wakil paling ramai iaitu dengan lima pemain.
Baca Juga:
- Vinicius Jr Raih Gelaran Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2024
- Menjelang Derbi Madrid, La Liga Kecam Kempen ‘Metropolitano Con Mascarilla’ Yang Rasis Ke Atas Vini Jr
- Peminat Tak Percaya Tiada Nama Salah Dalam Calon Pemain Terbaik Dunia FIFA Best 2024
Wakil Los Blancos itu diketuai oleh Pemain Terbaik FIFA, Vinicius Jr bersama-sama Antonio Rudiger, Dani Carvajal, Toni Kroos dan Jude Bellingham.
Pemain muda Barcelona berusia 17 tahun, Lamine Yamal yang cemerlang dalam membantu Sepanyol muncul juara UEFA EURO 2024, melengkapkan separuh daripada enam wakil dari La Liga.

Lima pemain terakhir semuanya bermain dalam saingan EPL. Emiliano Martinez (penjaga gol Aston Villa) dan Rodri (pemain tengah Manchester City) kedua-duanya meraih kejayaan benua tahun ini bersama Argentina dan Sepanyol selepas kejayaan menjuarai CONMEBOL Copa America serta UEFA EURO.
Baki tiga lagi pemain ialah Ruben Dias dan Erling Haaland dari Manchester City serta pertahanan Arsenal, William Saliba.
Sesuatu yang sedikit mengejutkan dalam senarai 11 Terbaik FIFA 2024 ini apabila ketiadaan Kylian Mbappe dimana beliau begitu cemerlang pada musim terakhirnya bersama Paris Saint-Germain (PSG).
Pemain sayap lincah itu berjaya menjaringkan 44 gol dan mencipta 10 bantuan jaringan dalam semua pertandingan disertai PSG, musim lalu.