Nota Editor: Terima kasih kepada Tuan Asri Yussof, penulis blog Ceritakan Kelantan kerana sudi menyumbang artikel ini kepada Vocket. Siapa sangka, ada tempat yang begitu cantik di Malaysia. Rasa nak ke sana sekarang!

Bukit Keluang terletak di Besut, Terengganu. Hanya mengambil masa sekitar 1 jam dari Kota Bharu, Kelantan. Keasyikan panorama yang indah dan memukau membuatkan sesiapa sahaja yang berada di puncak merasa tidak mahu turun dan mahu berlama-lama di atas sana.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
bukit-keluang03
Ceritakan Kelantan

Tetapi, awas!

Jika anda mendaki pada waktu puncak, barangkali anda mungkin tidak mampu untuk berlama-lama di atas puncak sana berikutan ramai lagi orang lain yang ingin bergambar dan berselfie di puncak. Perlulah kita bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada orang lain untuk bergambar, walaupun gambar yang kita ambil baru sahaja beratus-ratus keping.

bukit-keluang04
Ceritakan Kelantan

Waktu puncak adalah waktu petang, ketika ini ramai orang yang akan berusaha untuk berjaya berada di puncak. Tapi mana tahu, nasib anda baik, pada waktu petang yang anda jejaki tidak ramai orang. Itu langkah kanan namanya. Tengahari mungkin sudah panas terik, mampu untuk berlama-lama di bawah terik mentari?

bukit-keluang05
Ceritakan Kelantan

Mendakilah di waktu pagi kerana apabila kita sampai di puncak, kita adalah orang yang pertama di atas sana dan mempu untuk merakam cahaya matahari yang sedang rancak menaik.

Kita boleh bermalam di Bukit Keluang Beach Resort yang letaknya hanya bersebelahan dari bukit sahaja dengan bayaran bilik yang paling murah RM 152.60 yang mempunyai tiga katil bujang tetapi ruang lantainya luas. Jika mahu jimat belanja, boleh sumbatkan sehingga 5 ke 6 orang. Barangkali 7 orang juga mampu tanpa beralaskan katil. Mampu?

Waktu pagi bukanlah pada pukul 9 atau 10, tetapi pukul 6.30am kerana bermula pukul 9 ke 10am, orang sudah ramai.

bukit-keluang06
Ceritakan Kelantan

Terdapat dua laluan untuk mendaki, yang pertama di seberang jalan berhadapan dengan tandas awam. Laluan ini laluan bertangga tetapi ia mengambil masa sedikit lama untuk sampai di puncak.

Laluan yang kedua, kita perlu melalui jalan belakang. Check point nya adalah bus stop yang usang yang hidup segan mati tak mahu. Laluan dari situ hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja tetapi laluannya tanah, berbukit dan berakar, tidak ada tangga seperti laluan pertama. Yakin selamat!

bukit-keluang02
Ceritakan Kelantan

Jika kita orang Kota Bharu, Kelantan dan mahu jimat belanja, tidak perlu check in mana-mana penginapan berbayar. Bertolak saja dari Kota Bharu pukul 5 pagi, sudah tentu kita sempat nak merasa angin pagi di atas puncak Bukit Keluang.

Jika ada masa lebih, rancang juga ke Pulau Perhentian. Jeti Kuala Besut tidak jauh dari situ. Selamat merancang penggembaraan anda.

BACA: Pendaki Ini Berkongsi Pengalaman Ke Sungai Bangan Di Terengganu Yang Jernih Dan Cantik

BACA: Tidak Boleh Dimasuki Sewenang Wenangnya, Tempat Ini Digelar Syurga Tersembunyi Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram