Kerajaan Selangor secara khususnya telah menawarkan pelbagai insentif dalam meningkatkan keselesaan dan taraf hidup penduduk di Selangor. Salah satu daripadanya adalah Skim Insuran AM Selangor yang boleh didapatkan secara percuma.

Skim perlindungan ini bakal memberi manfaat kepada mereka yang ditimpa kecelekaan yang mana setiap individu berpeluang menerima sejumlah RM10,000 menerusinya. Anda boleh mengikuti tutorial di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Baca Juga:

Cara dapatkan Skim Insuran AM Selangor percuma

1. Muat turun aplikasi Wavpay menerusi Google Play Store atau pun App Store dan lancarkannya selepas selesai dipasang pada peranti.

2. Log masuk akaun kemudian klik banner program di halaman utama.

Sumber Gambar: Aplikasi Wavpay

3. Klik pada Mulakan.

Sumber Gambar: Aplikasi Wavpay

4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang tersedia.

Sumber Gambar: Aplikasi Wavpay

4. Sebaik selesai diisi, anda layak menerima skim insuran percuma di bawah insentif Kerajaan Selangor tersebut.

Untuk makluman, anda layak untuk menerima skim perlindungan ini sekiranya kad pengenalan didaftarkan di negeri Selangor atau alamat terkini didaftarkan di Selangor dan mungkin adalah pengundi di negeri tersebut.

Sebanyak 6 juta rakyat Selangor yang layak menerima perlindungan premium yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan

Pendaftaran hanya dibuka sehingga 30 September 2023 dan tempoh insuran akan aktif selama 12 bulan sebaik polisi dikeluarkan. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan atau menghantar untuk maklumat lanjut.

Anda boleh kongsikan artikel ini agar kenalan rapat dan keluarga boleh memanfaatkan insuran premium ini secara percuma menerusi Wavpay.

Sumber