Bermula insiden skrin putih pada barisan iPhone 13 Pro, maklumat sulit seperti kod IMEI adalah sangat penting untuk disimpan dalam mengenal pasti ketulenan sesebuah iPhone apabila ingin menuntut waranti.
Bukan itu sahaja, dengan IMEI juga boleh digunakan untuk mengesan peranti yang hilang. Jadi, anda disarankan untuk menyimpan satu salinan maklumat lengkap iPhone yang terdapat IMEI pada storan cloud atau pun Telegram. Di sini, kami akan ajarkan cara mudah untuk menyemak maklumat lengkap iPhone pada peranti.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Cara menyemak maklumat lengkap iPhone pada peranti
1. Mula-mula, buka paparan menu Keypad.
2. Kemudian, taip kod *#06#.
3. Selepas itu, anda bakal dipaparkan dengan nombor-nombor penting berkaitan iPhone yang digunakan.
4. Akhir sekali, anda hanya perlu mengambil screenshot untuk menyimpan maklumat tersebut lalu muat naik ke storan cloud seperti Google Drive, iCloud dan sebagainya atau di komputer anda.
Dengan menyimpan kod IMEI ini, anda sudah selangkah lebih bersedia untuk membuat tuntutan waranti jika berlaku masalah whitescreen secara tiba-tiba. Hal ini kerana pihak Apple bakal meminta maklumat lengkap seperti kod IMEI untuk pengesahan ketulenan iPhone tersebut.
Bagaimanapun jika anda tidak sempat menyimpan kod IMEI selepas telefon tidak menyala, tidak usah risau kerana masih boleh dikesan pada sim tray. Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda melakukan semakan dan menyimpan maklumat lengkap iPhone untuk rujukan kelak.