Boleh dikatakan majoriti kita menggunakan aplikasi Google Maps untuk menavigasi ke sesebuah lokasi. Tapi tahukah anda akan trik untuk menyimpan senarai lokasi yang ingin dituju tidak kira di dalam atau pun luar negara menerusinya?
Ciri ini dikenali sebagai Your Lists yang mana memang sudah tersedia menerusi aplikasi navigasi tersebut. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui dengan lebih terperinci.
Baca Juga:
- Ketahui Cara Kongsi iCloud Bersama Keluarga Untuk Nikmati ‘Cloud Storage’ Yang Lebih Besar
- Ini Caranya Untuk Jadikan Tablet PerantiSiswa Sebagai Skrin Kedua Laptop
Cara buat senarai lokasi di Google Maps
1. Buka aplikasi Google Maps.
2. Cari lokasi yang ingin anda simpan. Sebagai contohnya anda ingin pergi ke Skypark Sentosa.
3. Tekan butang Save pada halaman tersebut.
4. Anda akan dibawa ke halaman Save to List lalu klik New List.
5. Kemudian tulis tajuk senarai itu dan penerangan ringkas menerusinya. Sebagai contoh Road to singapore.
6. Anda juga boleh tetapkan status senarai sama ada Private, Shared dan Public.
7. Tekan Create yang terletak di bahagian atas kanan.
8. Selesai sudah satu senarai lokasi yang mahu dikunjungi.
Untuk semak semula semua lokasi itu, anda cuma perlu pergi ke tab Saved lalu pilih tajuk senarai tadi pada bahagian Your List. Semua lokasi yang anda simpan akan dipin warna biru dengan kotak putih di dalamnya. Anda boleh memulakan navigasi lokasi yang disimpan dengan tekan pada butang Direction.
Selain membuat senarai tempat untuk percutian, anda boleh sahaja memanfaatkan ciri ini untuk himpunkan lokasi yang anda minat seperti kedai makan di sekitar kampung dan sebagainya. Dengan menggunakannya, anda tidak perlu buang masa untuk menaip dan cari lokasi kerana sudah menyimpanya di Google Maps.