Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum, aplikasi permesejan WhatsApp baru-baru ini telah mengeluarkan fungsi baru buat para pengguna dengan penawaran sticker.

Penggunaan sticker ini secara tidak langsung berjaya merancakkan lagi perbualan lebih-lebih lagi melalui perbualan kumpulan. Menariknya, melalui penawaran fungsi terbaru ini, WhatsApp turut memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan sticker anda sendiri untuk kegunaan di dalam perbualan. Berikut merupakan cara-cara untuk menghasilkan sticker khusus buat pengguna Android.

1. Dapatkan aplikasi WAStickerApps

45967225_2187267004659394_2507895283182993408_n

2.¬† Mula membuat sticker dengan klik ‘New pack’

45965134_2187267054659389_5388851679099617280_n

3. Pilih nama yang sesuai untuk koleksi sticker anda

45875616_2187267107992717_1640994050456682496_n

4. Masukkan gambar yang anda mahukan dijadikan sticker

46133184_2187267171326044_2153960544581713920_n

5. Tambahkan koleksi sticker yang dibuat pada WhatsApp anda

46093277_2187267294659365_2276879295957696512_n

6. Klik pada butang sticker untuk memilih sticker yang anda hasilkan

46074301_2187267337992694_2075601434656636928_n

7. Koleksi anda bakal tersedia pada paparan  WhatsApp

46202219_2187267371326024_8438168585406251008_n

Mudah bukan? Kini tiba giliran anda untuk mencubanya serta berkongsi bersama WhatsApp Group anda.