Peledak berbisa Manchester City, Erling Haaland memiliki diet yang sangat berbeza berbanding atlet terkenal dunia lain dalam usaha untuk mengekalkan prestasinya.

Selain daripada Lasagna yang disediakan oleh bapanya, Alf-Inge setiap kali sebelum perlawanan di Etihad Stadium, Haaland turut amat menyukai daging terutamanya bahagian organ dalaman.

Baca Juga:

Hakikat itu diakui sendiri Haaland yang mengakui beliau memang gemar menikmati makan berasaskan daging secara kerap.

Dalam dunia sukan yang sangat kompetitif, atlet sering kali mencari cara untuk mengoptimumkan prestasi mereka, dan bagi Haaland, diet kaya dengan organ dalaman haiwan adalah salah satu rahsia kejayaannya.

“Anda (orang lain) tidak makan ini, tetapi saya lebih mementingkan menjaga tubuh saya,” ujar beliau menurut sumber laporan Sport Bible.

“Saya fikir makan makanan tempatan yang berkualiti mungkin adalah yang paling penting. Orang kata daging tidak baik untuk anda, tetapi yang mana satu?”

“Adakah daging yang anda dapat di McDonald’s atau lembu tempatan yang makan rumput di sana? Saya makan hati dan jantung haiwan.”

Organ-organ haiwan seperti hati dan jantung dipercayai kaya dengan nutrien, zinc, dan protein, yang boleh membantu dalam mengekalkan prestasi maksimum bagi seorang atlet.

Dengan pendekatan pemakanan yang unik ini, Haaland terus mencatatkan kejayaan demi kejayaan di pentas bola sepak, membuktikan bahawa diet yang tepat memainkan peranan penting dalam memastikan atlet dapat mencapai tahap kecemerlangan yang luar biasa.

Sumber