Bermula 1 Februari, gaji minimum yang harus dibayar oleh majikan kepada tenaga kerja profesional di Malaysia telah dinaikkan dari RM1,500 kepada RM1,700.

Kementerian Sumber Manusia berkata pelarasan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pekerja, serta melengkapkan inisiatifnya untuk meningkatkan produktiviti dan tahap pendapatan.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kenaikan gaji dikenakan kepada majikan yang mempunyai lima atau lebih pekerja dan majikan sektor profesional, tanpa mengira saiz tenaga kerja.

Bagaimanapun, bagi perniagaan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, kadar baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 Ogos, memberikan masa untuk pelarasan yang diperlukan kepada struktur dan operasi gaji.

Gaji Permulaan Menurut KESUMA

Salah satu pengguna laman X iaitu The Futurizts kemudiannya berkongsi data yang dikongsi oleh Kementrian Sumber Manusia mengenai gaji permulaan yang harus dibayar oleh majikan kepada pekerja dalam beberapa sektor pekerjaan di negara ini.

Sekiranya anda baru saja memulakai karier dalam bidang kejuruteraan awam, anda sepatutnya menerima gaji sebanyak RM3,115 sebulan. Untuk peguam pula, anda selayaknya menerima bayaran RM3,505 sebulan. Anda boleh lihat senarai penuh di sini.

Dengan penetapan gaji minimum baharu ini, majikan mesti mematuhi perintah untuk memastikan pekerja mereka menerima sekurang-kurangnya RM1,700 sebulan.

Ketidakpatuhan adalah satu kesalahan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan boleh dikenakan tindakan hukuman seperti penalti.

Kementrian Sumber Manusia juga menjelaskan bahawa minimum wages tidak boleh dianggap sebagai penanda aras untuk bayaran di peringkat permulaan, terutamanya bagi graduan dan pekerja mahir, yang harus dibayar mengikut kelayakan dan kepakaran mereka.

Masyarakat menerima dengan baik langkah ini dimana mereka boleh dibayar dengan selayaknya, sesuai dengan usaha dan komitmen yang telah diberikan untuk melaksanakan kerja.

Namun, rakyat berharap kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang khususnya barang keperluan yang mana harga terkini di pasaran dianggap mahal sekaligus memberi kesukaran kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan.