Selagi kita bernafas, kita sememangnya dituntut untuk melakukan kesemua perkara berlandaskan syariat Islam. Hal ini agar kita mahu mendapatkan kerberkatan di samping ketenangan di dalam kehidupan oleh Sang Pencipta.

Baru-baru ini terdapat seorang individu yang bertanya kepada mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohd Al-Bakri berkenaan pekerjaan seseorang yang memerlukan ia memaparkan gambar wanita tidak menutup aurat di laman web.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau telah pun menjawab persoalan itu menerusi laman webnya, Maktabah al- Bakri. Dengan berpandukan ayat al-Quran dan pandangan ulama, haram bagi seorang lelaki yang telah baligh melihat aurat wanita ajnabi yang merdeka, namun tidak haram jika sekiranya aurat itu sekadar gambar, imej atau pantulan (mithal).

Maka, tidak diharamkan melihat aurat melalui cermin, sebagaimana yang difatwakan oleh sekumpulan ulama’ disebabkan ia tidak dikira melihat aurat secara langsung. Akan tetapi, perlu difahami bahawa keharusan ini terpakai selagimana ia tidak menimbulkan fitnah.

Oleh itu, gambar yang bercetak atau berbentuk digital boleh diqiyaskan hukumnya kepada gambaran objek yang terpantul pada cermin atau air. Maka, dalam isu ini hukumnya adalah harus jika terdapat keperluan dan selagi mana ia tidak mendatangkan fitnah seperti menimbulkan syahwat dan seumpamanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar memadamkan bahagian aurat wanita bagi mengelakkan ia dilihat oleh yang bukan mahram.

Semoga dengan penjelasan ini dapat menjadi panduan di dalam kehidupan seharian kita. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai yang cakna dengan isu ini.