Ada masanya kita buntu nak makan apa, kan? Nasi goreng datang menyelamatkan keadaan! Hidangan ringkas yang mana kita hanya perlu mencampak nasi bersama telur dan beberapa bahan lain sudah cukup menjadikan ia sesuatu yang melazatkan.

Rupanya negara di benua Barat baru menemui resepi tersebut dan berkongsi dengan pengguna internet lain seumpama satu penemuan baru.

Dengan ciapan “semua orang akan mengoreng nasi bersama telur selepes melihat ini”.

Agak mengejutkan lagi apabila mereka mengganggap ia sebagai idea genius kerana boleh menikmati nasi goreng dengan sebegitu rupa dan tidak diketahui selama ini.

Di dalam video itu, kelihatan seseorang sedang menyediakan nasi putih yang lalu digoreng bersama telur di dalam minyak yang mendidih.

Setelah digaul sehingga mesra dengan ramuan dan sos lalu dihidangkan di atas pinggan.

Bagaimanapun, video yang tular mendapat perhatian netizen dari Asia Tenggara dan rata-ratanya memberikan reaksi yang mereka terhibur melihat bagaimana negara Barat yang baru menemui resepi genius tersebut.

Menurut netizen dari SEA, idea genius pada asasnya hanyalah nasi goreng yang sudah bertapak lama di benua Asia Tenggara.

“”Idea genius kononnya, itu kan nasi goreng… ke mana je kau selama ni?”, kata seorang netizen Indonesia.

“Orang putih baru menemui nasi goreng”, seloroh seorang netizen dari Malaysia.

“Pandai-pandai saja cakap ‘idea genius’, padahal orang Asia dah  lama jadikan nasi goreng sebagai sarapan.” tegur seorang netizen lain.

Bahkan, cara pembuatan nasi goreng yang dipamerkan  juga dianggap sebagai satu kegagalan kerana terlalu banyak minyak dan telur yang digunakan.