Sebelum ini, Aliff Aziz telah dicekup berkhalwat dengan pelakon wanita, Ruhainies dan hal ini telah menjadi bualan ramai kerana ini bukanlah pertama kali Aliff kantoi curang.

Susulan itu, Bella Astillah ditemani ibunya, Zarina dan adiknya Didi Astillah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi bagi sebutan kes penceraian yang telah dibuatnya pada isnin 11 March 2024

Baca Juga:

@melodiberapi

Sebak, semoga Bella Astillah kuat!!! Ramai yang mendoakan beliau 🤲😢😢😢 #meloditv3 #bellaastillah #fypシ゚viral🖤tiktok #panas #alifaziz #cerai #ruhainies

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

“Sebenarnya, saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Saya rasa memilih ini (cerai) adalah yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.

“Patutnya dia hadir pada hari ini (Rabu). Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai. Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar.

“Peluang demi peluang sudah saya berikan kepada Aliff. Apa pun dia tetap ayah kepada anak-anak saya. Saya juga sudah cakap dengan dia nak berpisah cara baik.

“Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. Cinta tak semestinya memiliki.” ujar Bella.

Kali ini Bella nekad untuk berpisah selepas beberapa peluang diberi telah disia-siakan begitu sahaja. Walau bagaimanapun, Aliff Aziz tidak hadir ke mahkamah hari ini.