Kelab yang dimiliki oleh David Beckham, Inter Miami mempunyai cara tersendiri bagi memastikan keselamatan salah seorang pemain bintangnya, Lionel Messi dijaga dengan baik sama ada ketika beraksi di atas padang atau ketika bersama keluarga.

Inter melantik bekas bekas tentera Amerika Syarikat, Yassine Chueko yang mana beliau juga mahir dalam bidang bela diri seperti taekwando untuk memastikan keselamatan Messi berada di tahap maksimum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Chueko mendapat kebenaran khas dimana beliau akan berdiri di tepi padang apabila Messi beraksi. Sekiranya ketua pasukan Argentina itu menjaringkan gol, maka beliau segera berlari kepada Messi bagi memastikan pemain itu dilindungi.

Ramai pihak yang tertanya-tanya mengenai jumlah gaji tahunan yang diterima oleh Chueko sebagai pengawal peribadi kepada pemain yang telah memenangi lapan Ballon d’Or itu.

Menurut beberapa laporan, Chueko menerima gaji tahunan sebanyak $3 Juta setahun atau sekitar RM14 Juta, lebih tepatnya pengawal itu menerima gaji bulanan sebanyak $250,000 atau sekitar RM1.1 Juta.

Dalam memastikan keselamatan Lionel Messi terjaga, Chueko tidak bekerja seorang diri dimana beliau mempunyai pasukan khas yang terdiri daripada 50 anggota yang mana mereka ditugaskan untuk mengawal ahli keluarga serta rumah pemain itu.

Chueko juga tidak lari daripada menerima kritikan setelah beliau menarik leher salah seorang peminat yang meluru masuk ke dalam padang untuk memeluk Messi dalam sebuah perlawanan Major League Soccer (MLS) baru-baru ini.

Sebelum ini, Chueko pernah berkhidmat di Iraq dan Afghanistan dan beliau kerap berkongsi video dia bersenam dan juga menjalani latihan bela diri di akaun Instagramnya yang mempunyai lebih 115,000 pengikut.