Bekas pemain Chelsea, Real Madrid dan Bayern Munich, Arjen Robben kini memulakan karier profesional baharu dalam sukan padel, empat tahun selepas bersara daripada bola sepak.

Menurut sumber laporan Goal, Robben yang terkenal dengan kerjaya gemilangnya sebagai pemain sayap kini bergelar pemain padel profesional yang tersenarai dalam ranking dunia.

Baca Juga:

Ia menandakan fasa baharu dalam perjalanan karier beliau yang kini berusia 41 tahun selepas bola sepak.

Karier Baharu Arjen Robben

Bersama rakan gandingannya, Werner Lootsma, Robben mencatatkan kemenangan sulung dalam saingan tersebut apabila mereka bangkit menyelamatkan enam mata kemenangan sebelum menewaskan pasangan Ralph Boekema dan bekas pemain bola sepak, Mark Weldmate dengan keputusan 4-6, 6-3, 7-6.

Walaupun kemenangan sulung Robben merupakan satu pencapaian besar, perjalanan beliau dalam sukan padel profesional masih berada di peringkat awal.

Selepas kemenangan itu, Robben dan Lootsma jelas tidak mampu menyaingi lawan mereka pada aksi pusingan 32 terbaik apabila mereka tewas mudah 6-1, 6-0 kepada gandingan pemain ranking dunia ke-144, Thijs Roper dan Sten Richters (ranking ke-155).

Walaupun tewas, kejohanan tersebut tetap menarik perhatian ramai dengan ratusan peminat hadir untuk menyaksikan Robben beraksi.

Richters dan Roper turut memberikan penghormatan kepada bekas bintang bola sepak itu selepas perlawanan, dengan berkata: “Dia adalah bekas pemain bola sepak profesional terbaik yang kami tahu bermain padel.”

Arjen Robben seperti biasa tetap merendah diri selepas kekalahan itu, mengekalkan perspektif yang sederhana mengenai percubaan awalnya dalam arena profesional.

“Saya rasa saya tak boleh ambil diri saya terlalu serius. Saya bermula dengan jangkaan yang rendah. Tetapi saya cuba untuk berjuang di atas gelanggang dan mengutip sebanyak mungkin mata.”

 

Sumber