Malaysia kini secara rasminya memiliki ‘rumah’ sendiri buat sukan warisan negara iaitu sepak takraw.

Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia yang terletak di Jalan Raja Muda, Kampung Baru kini menjadi mercu tanda baharu yang bakal melahirkan lebih ramai jaguh seperti Syahir Rosdi atau Azlan Alias di masa hadapan.

Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Projek naik taraf yang menelan belanja RM6 juta ini merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang lengkap dengan teknologi moden dengan pelbagai kemudahan dimiliki.

Fasiliti ‘Retractable’ & Berhawa Dingin Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Apa yang menarik perhatian, akademi ini direka untuk menjadi sangat praktikal. Antara fasiliti utama yang tersedia termasuklah gelanggang berhawa dingin, mampu memuatkan antara 800 hingga 1,000 penonton dalam satu-satu masa.

Kejohanan Piala Emas Khir Johari 2026 tempoh hari menjadi pertandingan pertama diadakan di akademi tersebut sebelum majlis perasmian.

Kerusi penonton ‘Retractable’ boleh disimpan untuk memberi ruang latihan yang lebih luas jika tiada kejohanan berlangsung.

Selain itu, akademi ini turut dilengkapi dengan gimnasium moden, bilik kuliah untuk sesi taktikal, serta ruang penginapan (asrama) yang selesa untuk para atlet, kafeteria dan kedai jualan ‘merchandise’.

Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Suntikan RM2 Juta Dari Kerajaan

Sempena majlis perasmian pada 14 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Peruntukan ini bukan sahaja untuk pengurusan akademi, tetapi juga fokus kepada kebajikan pemain dalam menjamin makan minum dan keselesaan pemain yang menetap di kolej latihan.

Bantuan itu juga mahu memastikan perjalanan persatuan lebih lancar dan dapat memperkasa program akar umbi melalui Akademi Sepaktakraw Malaysia.

Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia

Sementara itu dalam perkembangan sama mengenai akademi tersebut, Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan pada 30 Oktober 2025 seperti dilaporkan Harian Metro turut mengalu-alukan mana-mana sekolah atau kelab yang ingin mengadakan kem latihan selama seminggu atau dua minggu dialu-alukan untuk menyewa fasiliti di Akademi Sepaktakraw Malaysia ini.

Ini adalah langkah bijak bagi memastikan ‘vibe’ sepak takraw sentiasa hidup di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Sumber