Pastinya ramai yang tersenyum gembira dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama sekali Bantuan Prihatin Nasional akan disalurkan kepada anda. Malah, ucapan beliau turut mencipta fenomena sehingga nama Mak Cik Kiah trending di Twitter.
Sedia maklum, negara kita memiliki hutang dan pasti antara anda pernah terlintas di fikiran kenapa kerajaan tidak mengarahkan Bank Negara untuk menghasilkan duit lebih banyak dan boleh berikan duit kepada rakyat serta membayar hutang negara, bukan?
Oleh itu, seorang pengguna Twitter @muhdnaimmustafa telah berkongsi pandangan beliau tentang persoalan tersebut. Baca perkongsian beliau di bawah ini.
Orang tanya saya, jika kerajaan tak ada duit. Kenapa kerajaan tak print lebih banyak duit lagi?
Bila kerajaan print banyak duit, boleh la beri duit itu kepada rakyat & bayar hutang negara.
Tapi kenapa kerajaan tak print je duit tu?🙋♂️ pic.twitter.com/uWV8K4hdkZ
— Naim M. l Performance Marketer (@muhdnaimmustafa) March 29, 2020
Menurutnya, jika banyak wang ringgit dicetak, ia akan mengakibatkan kenaikan harga yang melampau. Mana tidaknya, kuasa membeli rakyat meningkat tetapi pengeluaran barangan masih sama dan tiada peningkatan.
Ini akan mengakibatkan para pembekal menaikkan harga barang untuk mengawal kuasa membeli rakyat. Para pembekal atau pengeluar terpaksa mengeluarkan lebih tenaga dan modal untuk memenuhi keperluan dan permintaan orang ramai.
Contoh, kerajaan print duit dan beri RM10,000 kepada setiap penduduk.
Kuasa beli rakyat meningkat.
Tetapi, supply barang di pasaran masih kekal sama. Ambil contoh terdekat Roti Gardenia.
Setiap rakyat nak beli Gardenia, tetapi limited supply. So harga barang akan meningkat.
— Naim M. l Performance Marketer (@muhdnaimmustafa) March 29, 2020
Sebab untuk memenuhi demand iaitu 1,000 orang tadi.
Pengeluar perlu tambah raw material, perlu tambah pekerja, perlu tambah kos-kos yang berkaitan jadi pengeluar terpaksa naikkan harga.
Jadi sebelum ni, harga sebuku RM3 mungkin boleh naik kepada RM4-5.
— Naim M. l Performance Marketer (@muhdnaimmustafa) March 29, 2020
Tambahnya, ambil contoh terdekat Indonesia dimana harga duit mereka iaitu Rupiah nampak nilainya besar tetapi sebenarnya kurang bernilai. Ini mungkin disebabkan harga barang meningkat seiring dengan wang yang dicetak.
Disebabkan itu, kerajaan Malaysia tidak mencetak wang ringgit dengan banyak untuk membayar hutang negara atau memberi rakyat untuk memastikan tiada peningkatan harga barang.
Harga 1 air tin mereka bernilai dalam 8,000 – 10,000 rupiah. Dulu mungkin air tin tu bernilai 500 rupiah sahaja.
Tetapi sebab mereka keep printing duit jadi harga barang keep naik dan naik dan naik.
— Naim M. l Performance Marketer (@muhdnaimmustafa) March 29, 2020
Lagi satu, antara sebab kerajaan halang panic buy adalah sebab :
1) Tak nak berlaku perhimpunan yang ramai di satu tempat.
2) Nak mengekalkan supply barang di pasaran, supaya tidak berlaku peningkatan harga. pic.twitter.com/Kwk45QTs4K
— Naim M. l Performance Marketer (@muhdnaimmustafa) March 29, 2020
Akhir kata, sebenarnya kerajaan tidak ingin rakyat Malaysia untuk ‘panic buying’ adalah untuk memastikan keperluan dapat tersedia dan harga barang tidak akan naik.
Diharap harga roti Gardenia tidak akan dinaikkan kerana permintaan yang tinggi oleh rakyat Malaysia sehingga sering sold out. Apakah pandangan anda tentang perkara ini?
Berikutan pengumuman Bantuan Prihatin Nasional, anda boleh ketahui cara semak dan memohon pada pautan di bawah ini.
Ini Cara Semak Dan Memohon Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Mulai 1 April
Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19
Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Orang Ramai Perlu ‘Support’ Isi Minyak Di PETRONAS