Biasa kita dengar tentang geng backpackers yang mengembara sehelai sepinggang.

Hanya menggalas sebuah beg dan merentas pelbagai negara dengan pelbagai jenis pengangkutan awam.

Kini, ada seorang lelaki yang mahu mengembara ke seluruh dunia dengan kapal terbang.

Dia sudah berjaya terbang merentasi Eropah, Morocco dan Amerika Syarikat.

Apa yang istimewanya ialah dia tak perlu bayar tiket untuk terbang !

Dia hanya perlukan cahaya matahari.

Bertrand Piccard membuat satu projek kapal terbang solar yang diberi nama Solar Impulse.

Solar Impulse mampu terbang siang dan malam kerana dikuasakan oleh bateri yang dicas oleh cahaya matahari.

Jom lihat aksinya di angkasa.

Sumber dari Business Insider.