Sering kali apabila menyebut mengenai jalan raya, suda pastinya kenderaan yang cenderung untuk terlibat dengan kemalangan terdiri daripada motosikal, kereta mahupun lori.
Dalam pada itu, sebuah kejadian yang tidak disangka telah berlaku di Elmina, Shah Alam di mana sebuah kapal terbang dilaporkan telah terhempas.
Baca Juga:
- TMJ Kongsi ‘Screenshot’, Kontraktor Pembersihan Bermasalah Telah Diberhentikan Serta-Merta
- Tenang Walaupun Berlanggar, Netizen Puji Pemilik Lamborghini Dan Kia Selesaikan Isu Kemalangan Dengan Matang
Menerusi perkongsian seorang pengguna X @qamahl, beliau memaklumkan insiden tersebut melibatkan kapal terbang dan juga motosikal.
Astagfirullah kejadian di Elmina kapal terbang terhempas, setakat ni terlibat motorsikal dan kapal terbang pic.twitter.com/iItJviyYDS
— Qamahl…. (@qamahl) August 17, 2023
Perkongsian ringkas yang dibuat telah mendapat perhatian para netizen di mana terdapat netizen yang memaklumkan insiden tersebut telah mendapat perhatian Bomba Selangor.
Sementara itu, terdapat netizen yang turut tampil berkongsi sebuah video yang mendakwa kapal terbang tersebut telah melanggar penunggang motosikal.
A plane crashed in Elmina. Selangor Bomba confirmed the incident and their operation is ongoing. No confirmation on the size/type of plane and casualties at the moment. https://t.co/EmZOK2ZXzH
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) August 17, 2023
Tak tahu la apa jadi kat mangsa https://t.co/Dhx1BvResk pic.twitter.com/4mUDLN5KlN
— Ayish (@AisyDahliaa) August 17, 2023
Lalu atas kepala ja tadi pic.twitter.com/CD4NeCjdrm
— Muhamad Irfan Abdullah (@MdIrfanAbdullah) August 17, 2023
Setakat artikel ditulis, difahamkan sebanyak tiga individu dilaporkan maut. Didoakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan serta dipermudah urusan menerusi insiden yang berlaku.