Dua kapal terbang era Perang Dunia ke-dua berlanggar dan terhempas ketika melakukan pertunjukan flyover semasa acara peringatan di Texas pada Sabtu, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan. Terdapat enam orang berada di dalam kedua-dua pesawat itu ketika nahas berlaku, kata Tentera Udara Peringatan.
Sebuah Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra sedang menyertai pertunjukan udara Wings Over Dallas apabila mereka bertembung di udara berhampiran Lapangan Terbang Eksekutif Dallas kira-kira 1:30 tengah hari (waktu tempatan), kata FAA.
Baca Juga:
- Insiden Rampasan Kapal Terbang Libya Di Malta Berakhir Kurang Dari 24 Jam
- Kisah Juruterbang Yang ‘Disedut’ Keluar Pada Ketinggian 17,000 Kaki Selepas Tingkap Kapal Terbang Pecah
- B24 Liberator KL654, Kapal Terbang British Yang Jatuh Terhempas Di Gunung Telapak Buruk Pada Tahun 1945
Terrible situation. Two planes collide during an Air Show at Dallas Executive Airport 😳😔👀 pic.twitter.com/thokohgJzw
— Daily Loud (@DailyLoud) November 12, 2022
Beberapa pesawat dijadualkan melakukan demonstrasi flyover pada petang Sabtu yang mana acara selama 3 hari itu adalah bersempena Hari Veteran, bermula hari Jumaat.
Hank Coates, presiden Tentera Udara Veteran, berkata pada sidang akhbar bahawa juruterbang kumpulan itu adalah sukarelawan yang terlatih dan berlesen, biasanya bekas juruterbang syarikat penerbangan atau tentera. Dia berkata perlanggaran di udara semasa pertunjukan udara seperti ini ‘sangat jarang berlaku’.
Datuk Bandar Dallas, Eric Johnson berkongsi melalui media sosialnya pada hari Sabtu bahawa tiada laporan kecederaan terhadap penonton atau mereka yang berada di lapangan.
Tambah beliau, jumlah mangsa kejadian nahas itu masih lagi dalam siasatan.
Terdapat kira-kira 4,000 orang pada acara itu yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang sejarah Perang Dunia ke-dua dan menghormati sumbangan veteran.
Updates from @DallasFireRes_q:
– FAA is currently leading the investigation.
– Number of casualties are not yet confirmed, but no spectators or others on the ground were reported injured.
– The debris field includes Executive Airport grounds, Highway 67, and a nearby strip mall.— Mayor Eric L. Johnson (@Johnson4Dallas) November 12, 2022